Penampilan terkini Hafiz Suip berambut hijau buat ramai terkejut

Oleh INFORAKYAT

Sekian lama tidak mendengar khabar berita, penampilan terbaru penyanyi Hafiz Suip membuatkan ramai terkejut.

Mana tidaknya, menerusi beberapa perkongsian di Instagram, Hafiz dilihat mengenakan gaya terbaru dengan imejnya yang berambut hijau.

Bagaimanapun, dia belum memberikan kenyataan berhubung perubahan imej rambut berkenaan sama ada stail untuk lagu baharu ataupun sebab la

Penampilan terkini Hafiz Suip berambut hijau buat ramai terkejut

Sebelum ini, Hafiz pernah beberapa kali menyertai tabligh dan membawa imej Islamik sehingga meraih pujian daripada warga maya.

Rata-rata pengikutnya di Instagram terkejut melihat perubahan itu dan malah turut bertanya jika rambut hijau berkenaan sah untuk dibawa solat.

Sesetengah individu pula menyamakan pelantun lagu Kisah Cinta Kita itu dengan karakter anime dan filem dan ada yang turut bertanya mengapa dia berubah sebegitu.

Baca juga:Balfour 1917, ini kisah permulaan kekejaman kepada Palestin bermula, semua ada kaitan dengan British