Pemuzik kena bahan dengan Nabil buat semua berdekah, Tok Ram pun masuk campur

Pemuzik kena bahan dengan Nabil buat semua berdekah Tok Ram pun masuk campur

Pemuzik kena bahan dengan Nabil buat semua berdekah, Tok Ram pun masuk campur. Melalui video di TikTok dimuat naik oleh Abang Penn iaitu salah satu pemuzik di rancangan GV9, netizen dapat menyelami apa sebenarnya sisi lain yang banyak berlaku di sebalik tabir. Sebelum ini melalui temubual dengan radio Era, dia sempat dedahkan pe’el Nabil yang suka membuat kejutan baru ketika live berlangsung.

This is for you Penn…Semoga kau dapat banyak income dari YouTube

@pennbasschannel KENE BAHAN KATENYE 🤣🤣😅😅 #gegarvaganza ♬ original sound – PennBassChannel

Dalam video terbaru yang dikongsikan olehnya, kali ini mereka dilihat sedang berada dalam sesi rehearsal untuk bahagian pembukaan konsert. Selepas itu, Nabil turun menjengah ke belakang dan berseloroh mahu menambahkan adegan menarik lain demi content buat YouTube Abang Penn. Mendengar gurauan tersebut, Tok Ram sendiri tergelak dan team pemuzik hanya mampu ketawa setelah ‘dibahan’ pengacara tersebut.

Dah gila agaknya…Makan gaji buta…Pemuzik enjoy belakang pentas

Pemuzik kena bahan dengan Nabil buat semua berdekah, Tok Ram pun masuk campur

Dalam sebuah lagi rakaman ketika siaran langsung persembahan Fuad Rahman dengan lagu heavy metal, rupa-rupanya ramai pemuzik yang boleh rehat sebentar kerana instrumen muzik mereka tidak perlu digunakan. Tatkala yang lain mempunyai masa untuk enjoy, pemain drum bertungkus-lumus menghabiskan tugasnya sehingga lagu tamat.

@pennbasschannel KREW #gegarvaganza ♬ original sound – PennBassChannel

Amboi Tok Ram belakang tabir bukan main dia menyakat…Kat kerusi juri bukan main serius

Terhibur dengan rakaman tersebut, netizen amat cemburu melihat suasana kru GV9 bekerja dalam keadaan menyeronokkan. Malahan, ada yang teruja dapat melihat personaliti lain Tok Ram ketika tidak berada di kerusi juri.

[VIDEO] Tok Ram Pun Tergelak, Pemuzik Sengih Je Kena ‘Bahan’ Balik Dengan Nabil

BACA:

Influencer seksi kempen untuk PN, netizen desak Pas bersuara

‘Izara Aishah ni next level betul fesyen dia’, satu dewan terpaku

Hafiz Suip dah masuk tabligh punca tarik diri SFMM37?

CATEGORIES