Pemuda terkejut ‘Tengah syok rakam, ombak datang sekali dengan balak’

Oleh CHE HUSNA KAMARUZZAMAN

Keasyikan pengunjung merakam fenomena air pasang besar di Pantai Geliga, Kuala Kemaman hampir berakhir dengan tragedi apabila ombak besar tiba-tiba membadai pesisir pantai.

Menerusi perkongsian di aplikasi TikTok, seorang pengguna yang dikenali sebagai @fmi_fazlin berkongsi pengalaman

suaminya yang hampir dibawa arus ketika sedang merakam fenomena tersebut. Kejadian itu berlaku sekitar pukul 6.45 petang kelmarin.

“Sedang asyik merakam ombak besar, tiba-tiba datang ombak yang membawa kayu balak.

Tak sangka langsung! Alhamdulillah, semuanya selamat, suami masih ada, syukur sangat.

Pemuda terkejut ‘Tengah syok rakam, ombak datang sekali dengan balak’

Tapi saya sendiri pun tak tahu nak ketawa atau menangis, tak sangka dalam keadaan cemas, rasa nak gelak pun ada,” tulisnya dengan penuh kelegaan.

Perkongsian tersebut mendapat perhatian ramai pengguna TikTok yang terkejut dengan kejadian itu dan turut menasihatkan orang ramai agar berhati-hati ketika berada di pantai, terutamanya semasa musim air pasang besar.

“Allahuakbar, malang tak berbau. Kekuatan ombak tu boleh bawa kayu balak ke darat. Syukur masih ada penyelamat, kayu pancang tu lah yang selamatkan dari hentaman kayu balak,” komen seorang pengguna.

Seorang lagi pengguna, @aLMiZaM, turut meninggalkan pesanan: “Jangan duduk dekat tepi pantai masa ombak kuat, kalau nasib tak baik, ombak boleh tarik sampai tengah laut.”

Kejadian ini menjadi peringatan penting kepada semua untuk lebih berhati-hati dan sentiasa peka terhadap bahaya ketika berada di kawasan pantai, terutama semasa fenomena air pasang besar.

BACA: Sanggup berhutang demi kereta baharu BF,wanita akhirnya mengaku bodoh, terus minta putus