Pemuda kesal McD bagi daging tak masak, siap tunjuk bukti

Oleh INFORAKYAT

Pemuda kesal McD bagi daging tak masak, siap tunjuk bukti. Seorang pelanggan meluahkan rasa tidak puas hati apabila sebuah restoran makanan segera yang popular didakwa menghidangkan daging burger tidak masak kepadanya.

Pemuda yang menggunakan akaun TikTok @ariffeuer, memuat naik keadaan daging burger tersebut sambil menyebut (mention) McDonalds Malaysia dalam video itu.

Menerusi video yang dikongsi, tekstur burger yang diterima dilihat masih mentah dan lembik. Dia menyoalkan apa yang cuba pihak restoran tersebut sajikan kepadanya.

@ariffeuer Apa benda ni @McDonald’s Malaysia? Bayar pakai duit tau. #fyp #foryourpage #mcdonalds ♬ original sound – ariffeuer

Tambah bengang apabila dia mendakwa pesanan yang dibuatnya itu mengambil masa satu jam untuk disiapkan.

Pemuda kesal McD bagi daging tak masak, siap tunjuk bukti

“Ini apa benda ni? Ini nak bagi manusia makan ke haiwan makan? Dah lah salah bagi. Orang order satu ayam satu daging. Dua-dua kau bagi daging. Ini apa benda sampai macam ni?,” katanya sambil membalik-balik daging burger tersebut.

“Tengoklah hasil kerja McDonald Malaysia Seksyen 13 Shah Alam. Dah lah order lepas satu jam lebih baru sampai,” tulisnya pada video.

Sementara itu meninjau ke ruangan komen, beberapa individu yang memaklumkan pernah bekerja di bahagian dapur restoran itu memberitahu bahawa daging itu sememangnya belum cukup masak.

Ada juga menasihatkan supaya orang ramai selepas ini periksa dahulu makanan yang dipesan untuk mengelakkan kejadian serupa berulang lagi.

“Timer belum berbunyi tapi dah angkat tu. Pernah kerja McD dulu. Grill ada timing tapi kalau push button nanti tak sempat masak,” kata salah seorang bekas pekerja McD.

“Pernah kena juga dekat McD sini. Beli set dapat kentang tapi macam minggu lepas punya kentang. Dia orang goreng balik haha,” tulis pula pelanggan lain.

“Pernah kena. Daging tak masak. Lorat punya nak tutup sedangkan buat pesanan dan satu jam. Alasan dia cakap memang macam ini lah daging dia,” luah pula yang lain.

BACA:

Ini respon padu Azhar Sulaiman bila Sanusi kecam pengundi PN minta duit tambang

“Kami sedang usaha kabinet ini tidak tahan lama” – Shahidan

Rafizi akhirnya bersuara sebab Anwar jadi Menteri Kewangan