Pemuda ini dedah kenapa Musang King Malaysia lebih sedap berbanding Indonesia dan Thailand

Oleh MOHD FAHMI MUSTAQIM

Seorang individu mendedahkan mengapa kebanyakan rakyat Singapura, Indonesia, China dan Thailand amat menggemari durian Musang King Malaysia.

Dalam segmen Bro Pagi Gegar di radio Gegar, individu yang merupakan peniaga di Rizky Durian berkata,

sepanjang dia berniaga raja buah ini ramai pelancong luar yang datang ke Malaysia semata-mata mahu mencari Musang King.

Lebih memeranjatkan katanya, orang Indonesia sendiri ada yang datang ke Malaysia

untuk menikmati raja buah premium itu kerana rasanya yang cukup berbeza dengan yang dijual di negara mereka.

Pemuda ini dedah kenapa Musang King Malaysia lebih sedap berbanding Indonesia dan Thailand
“Saya punya pelanggan datang dari pelbagai negara. Kalau Singapura tu perkara biasa. Tetapi yang luar biasa adalah pelancong dari Indonesia, dari China, Korea.

“(Mereka) datang semata-mata untuk makan Musang King. Keluar je pintu KLIA (lapangan terbang antarabangsa), mereka tak fikir apa. Mereka cuma fikir durian.

“Mereka datang sini semata-mata untuk habiskan dan belanjakan duit untuk durian sahaja. Kerana apa, kerana durian Indonesia ada masalah sikit.

“Serba salah saya nak cakap, minta maaf ya. Durian Indonesia tak sedap,” katanya.

Tambah pemuda itu, walaupun Indonesia telah pun mencuba dan berjaya menanam Musang King, tapi ia tidak sesedap Musang King Malaysia

Ini kerana katanya, rasa durian dipengaruhi oleh pelbagai faktor terutama tanah dan cuaca.

“Faktornya kerana durian ini dipengaruhi oleh tanah dan cuaca. Banyak faktor menjadikan durian itu sedap. Kerana tu saya cakap durian Johor berbeza dengan durian Pahang.

“Durian Pahang berbeza dengan durian Perak. Durian Perak berbeza dengan durian Jelebu. Setiap negeri berbeza-beza. Setiap negeri ada durian masing-masing,” katanya lagi.

Baca juga