Pemuda dedah cara jadikan tablet Peranti Siswa skrin kedua laptop

Pemuda dedah cara jadikan tablet Peranti Siswa skrin kedua laptop

Pemuda dedah cara jadikan tablet Peranti Siswa skrin kedua laptop. Baru-baru ini tular tentang penjualan semula tablet PerantiSiswa yang diberikan oleh kerajaan. Alasan yang diberikan adalah prestasi tablet yang tidak memberangsangkan. Bagaimanapun, tablet ini sebenarnya boleh bantu meningkatkan produktiviti pembelajaran anda.

Menerusi satu hantaran dimuat naik di laman Twitter oleh pengguna @qawithrev666, beliau telah berkongsi tips menarik yang buat para penerima tablet PerantiSiswa bagi memudahkan urusan pembelajaran mereka. Tablet ini sebenarnya boleh dijadikan sebagai skrin kedua laptop anda. Boleh ikut tutorial di bawah untuk lebih lanjut.

Cara untuk jadikan tablet PerantiSiswa sebagai skrin kedua laptop

Pemuda dedah cara jadikan tablet Peranti Siswa skrin kedua laptop

1. Muat turun Spacedesk ke dalam Windows.

2. Selepas itu, muat turun aplikasi Spacedesk ke dalam tablet PerantiSiswa yang digunakan.

3. Kemudian, anda perlu pastikan laptop mempunyai capaian internet.

4. Seterusnya, pergi ke bahagian Settings di Windows lalu klik Network & Internet dan aktifkan ciri Mobile Hotspot di laptop tersebut.

5. Pautkan tablet PerantiSiswa dengan Mobile Hotspot yang diaktifkan di laptop tersebut.

6. Buka SpaceDesk di PerantiSiswa anda dan klik pada ‘connection’ yang mempunyai alamat IP tersebut.

7. Tablet android anda kini sudah berjaya menjadi skrin kedua.

8. Akhir sekali, anda hanya perlu membuat tetapan mod paparan kepada extend dengan klik windows+P.

Menariknya, menerusi mod extend ini anda boleh mengalihkan aplikasi daripada laptop ke dalam tablet ini semudah drag sahaja. Malah, aplikasi ini akan aktif secara automatik untuk penggunaan yang seterusnya selagi anda tidak menyahaktifkannya.

Di sini, kami mahu mengingatkan kepada para penerima agar menggunakan tablet tersebut sebaik mungkin dan bukannya dijual semula. Inisiatif tablet ini dibuat oleh kerajaan atas dasar mahu membantu pelajar yang memerlukan dalam mengharungi sesi pembelajaran yang lebih lancar dan selesa.

BACA:

‘Izara Aishah ni next level betul fesyen dia’, satu dewan terpaku

Hafiz Suip dah masuk tabligh punca tarik diri SFMM37?

Dah lah tak diundang, mengadu tak selesa pulak – Mat Salleh ni kena kecam

CATEGORIES