Pemuda Amanah sambut baik pendirian Armada untuk kembali bersama PH

Pemuda Amanah sambut baik pendirian Armada untuk kembali bersama PH

Pemuda AMANAH menyambut baik pendirian Angkatan Bersatu Anak Muda (ARMADA) untuk kembali bekerjasama dalam koalisi Pakatan Harapan (HARAPAN). Pendirian ini selari dengan pandangan yang telah disuarakan oleh Presiden Parti Keadilan Rakyat (KEADILAN), Dato’ Seri Anwar Ibrahim sebelum ini.

Sebagai mengangkat prinsip perjuangan untuk membina Malaysia Baharu, Pemuda AMANAH juga merasakan perlu di peringkat kepimpinan tertinggi Pemuda HARAPAN untuk menetapkan terma-terma bagi mengukuhkan kerjasama ini agar ketumbukan anak muda mampu bergerak dengan kesepakatan yang lebih utuh dan mantap.

Di sisi yang lain, Pemuda UMNO tidak perlu ‘syok sendiri’ dengan kenyataan mempersenda pendirian ARMADA itu kerana mereka menjadi kerajaan hari ini pun tanpa melalui peti undi yang dipilih rakyat. Bagaimana kerajaan tanpa mandat rakyat boleh berpesan agar orang lain bertindak memenuhi mandat rakyat? Pesanan itu tidaklah salah, cuma sekali baca dan dengar kelihatan kelakar dan menghiburkan.

SHAZNI MUNIR MOHD ITHNIN
Timbalan Ketua Pemuda AMANAH Nasional

COMMENTS