Pemuda Amanah Melaka saran kerajaan kurangkan yuran semua IPT

Pemuda Amanah Melaka saran kerajaan kurangkan yuran semua IPT

Sepanjang tempoh Kawalan Pergerakan ini ramai rakyat Malaysia terjejas dari sudut kewangan dan pendapatan terutama yang bekerja sendirian dan bergaji harian.

Pemuda Amanah Melaka mengambil maklum beberapa pandangan dan cadangan daripada beberapa pihak termasuk mahasiswa/siswi agar yuran pengajian mereka sepanjang tempoh Kawalan Pergerakan ini dikurangkan. Ini kerana pengajian tidak dapat diteruskan akibat dari Perintah Kawalan Pergerakan dan sebahagian besar mereka menggunakan kemudahan sendiri sepanjang tempoh tersebut.

Pemuda Amanah mengambil maklum berdasarkan maklumat ramai dikalangan penuntut di IPTA & IPTS adalah dari kalangan keluarga yang berpendapatan rendah (B40) & berpendapatan sederhana (M40) yang terjejas ekonomi mereka akibat PKP.

Selain itu, dengan pengurangan yuran pengajian ini secara tidak langsung dapat meringankan sedikit bebanan keluarga terutama yang terpaksa membiayai sendiri yuran anak mereka dan tidak mendapat apa-apa pinjaman atau pembiayaan pendidikan. Pengurangan yuran juga dapat memberikan sedikit kelebihan dan keringanan kepada mahasiswa/siswi ini untuk mereka mempunyai lebihan wang untuk berbelanja dalam tempoh perintah kawalan pergerakan ini.

Saya mewakili Pemuda Amanah Melaka menyarankan pihak kerajaan agar dapat mempertimbangkan cadangan ini supaya dapat memberikan keringanan kepada mahasiswa/siswi dalam menangani peningkatan kos sara hidup sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan ini.

Muhammad Khomeini Bin Kamal
Ketua Pemuda Amanah Melaka.

Sumber:

COMMENTS