Pemuda Amanah gesa tindakan tegas pada ADUN Pulau Pinang khianat

Pemuda Amanah gesa tindakan tegas pada ADUN Pulau Pinang khianat

Pemuda AMANAH Pulau Pinang menggesa kerajaan negeri Pulau Pinang supaya bertindak lebih tegas dalam menangani tindakan dua Adun Bersatu yang telah menyokong kerajaan Perikatan Nasional (PN).

Ketua Pemuda AMANAH Pulau Pinang, Muhamad Khairul Mohd Ali berkata, perbuatan kedua-dua Adun tersebut telah melanggar semangat Pakatan Harapan (PH) yang telah dimeterai sebelum ini.

“Perbuatan tersebut merupakan suatu pengkhianatan terhadap mandat yang telah diberikan oleh rakyat kepada mereka yang telah menyokong PH semasa pilihan raya umum ke 14 yang lalu.

“Perlu diingatkan bahawa semua watikah pencalonan semasa pru yang lalu ditandatangani oleh Presiden PKR tatkala itu, iaitu Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail serta kemenangan mereka adalah atas semangat setiakawan dalam PH semasa itu.

“Adalah amat malang kepada rakyat yang mengundi kedua-dua Adun tersebut yang mana mereka telah pun mengkhianati mandat yang telah diberikan,” tegas Khairul lagi.

Tambah beliau, kini sudah tiba masanya bagi kerajaan negeri Pulau Pinang melakukan pembersihan secara besar-besaran dan serius bahi menghapuskan semua anasir-anasir yang khianat dalam pentadbiran kerajaan negeri serta ia harus dilaksanakan dengan kadar segera.

Katanya, Pemuda AMANAH Pulau Pinang menggesa kepimpinan Ketua Menteri supaya segera mengambil tindakan dibawah Enakmen Perlembagaan Negeri (Pindaan) 2012 berkenaan undang-undang antilompat parti terhadap kedua-dua Adun tersebut.

Malah ujar Khairul lagi, sebarang perlakuan khianat tidak harus diberi ruang dalam pentadbiran kerajaan PH Pulau Pinang dan harus kekal berprinsip, kekal PH serta menolak akan sebarang usaha dan tindakan pengkhianatan

Berita penuh :https://malaysiadateline.com/tegas-kepada-adun-bersatu-yang-sokong-pn-desak-pemuda-amanah/?utm_source=dlvr.it&utm_medium=facebook

COMMENTS