Pemuda AMANAH Baling kukuhkan saf kepimpinan

Pemuda AMANAH Baling kukuhkan saf kepimpinan

Program santai minum petang anjuran Amanah Kawasan Baling yang diadakan di Wisma Amanah Baling mendapat sambutan yang amat menggalakkan daripada penduduk.

Turut hadir menyampaikan ucapan di majlis tersebut ialah YB Faiz Fadzil, AJK Amanah Nasional, YB Asmirul Anuar Aris, Setiausaha Amanah Negeri Kedah, Sdr Mohammad Najmuin, Pengarah ARiF Negeri Kedah dan Pimpinan DAP Baling.

Menurut Cikgu Johari Abdullah yang juga Ketua Amanah Kawasan Baling, “majlis ini diadakan adalah untuk meraikan petugas parti yang telah banyak membantu dan berjasa sepanjang tempoh pentadbiran PH yang lalu”.

“Ia juga sebagai platform bagi ahli parti mendapatkan perkembangan terkini terus dari pimpinan di peringkat negeri dan nasional”.

Majlis Penyerahan Watikah Pelantikan saf kepimpinan pemuda Amanah Kawasan Baling disempurnakan oleh YB Faiz Fadzil. Ianya bagi memperkemaskan kepimpinan pemuda di peringkat kawasan.

Sdr Suhaimi Hamzah yang juga Ketua Setiausaha (KSU) ARiF Nasional, telah dilantik sebagai Ketua Pemuda Amanah Kawasan Baling, Sdr Anuar Bin Yaakob, Timbalan Ketua Pemuda, Sdr Mohd Hanif Zakaria, Naib Ketua Pemuda, Sdr Muhammad Faizal Yahya, Setiausaha Pemuda, Sdr Mohd Zabidi Bin Mansor, Bendahari Pemuda serta semua AJK menerima watikah tersebut.

Sumber :

COMMENTS