Pempengaruh puas cari suami setahun hilang rupanya bersama dengan wanita lain di Bali

Oleh DAHLIA MARZUKI

Seorang selebriti media sosial kecewa selepas mendapati bahawa suaminya yang telah hilang tanpa khabar berita

selama setahun sebenarnya telah melarikan diri bersama wanita lain.

Wanita yang dikenali sebagai Aprilia Majid itu mengakui telah melakukan pelbagai usaha untuk mencari suaminya yang tiba-tiba hilang.

Dia juga mendapat perhatian pengguna media sosial kerana sering berkongsi kisah bahagia rumah tangganya bersama suami dan dua anak mereka.

Aprilia melaporkan kehilangan suaminya kepada pihak polis, namun mereka memberi alasan bahawa lelaki tersebut mungkin telah melarikan diri bersama wanita lain.

Pempengaruh puas cari suami setahun hilang rupanya bersama dengan wanita lain di Bali

Setelah setahun suaminya hilang, Aprilia terkejut apabila mendapat maklumat bahawa lelaki itu dilihat di Pulau Bali bersama seorang wanita.

“Orang yang saya percayai tidak akan menyakiti hati saya, akhirnya berbuat demikian,” katanya.

Menurut Aprilia, dia menerima gambar suaminya bersama wanita lain di Bali daripada seseorang, yang menyebabkan dia berasa sangat kecewa.

Hingga kini, suaminya masih belum menghubunginya atau meminta maaf.

BACA: Dua pupu edar ‘sayur’ naik Ford ditahan Polis, rupanya ini sayur yang mereka jual