Pemimpin Umno dakwa Muhyiddin ‘tersenyum puas’ bila Najib dihukum

Pemimpin Umno dakwa Muhyiddin ‘tersenyum puas’ bila Najib dihukum

Hari ini orang yang tersenyum puas apabila Najib dihukum bersalah ialah Muhyiddin bukan Mahathir.

Muhyiddin pasti berbangga kerana walaupun Najib menanda tangani akuan bersumpah menyokong dia sebagai PM ke 8 tetapi dia tidak boleh dibeli dengan sokongan itu.

Muhyiddin akan mendakwa dia orang paling berprinsip. Sebab itu Zahid juga tercicir dari senarai Menteri, walaupun wajar dilantik sebagai Timbalan Perdana Menteri.

Dia bangga kerana kerajaan PN adalah kerajaan bermoral tinggi.

Tetapi Azmin yang terpalit dengan skandal video semburit dan tidak berparti boleh pula jadi Menteri paling kanan.

Alasannya dia belum didakwa. Sama juga dengan Zahid Md Arif yang terkenal dengan gelaran “broker maut”. Dia juga belum dituduh. Sebab itu dilantik sebagai Senator.

Nampaknya isu moral hanya terpakai pada pemimpin UMNO. Ia tidak terpakai kepada pemimpin parti lain terutamanya PPBM.

Apa pun Najib juga tidak pernah meminta supaya kes beliau digugurkan.

Najib pasti maklum kenapa itu berlaku kepadanya. Ada yang tersirat iaitu dendam kesumat.

Sumber :

COMMENTS