Pemimpin UMNO ajar Pas cara cepat jadi kerajaan bikin Bersatu sakit hati

Oleh MUHAMMAD KHAIRY JALALUDDIN

Tak mengejutkan jika Pas kembali bekerjasama dengan DAP.

Ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO, Datuk Dr. Mohd. Puad Zarkashi mendakwa bahawa

Pas akan bekerjasama dengan mana-mana parti demi kuasa dan merasa gelisah apabila tidak lagi berada dalam kerajaan.

Secara sinis beliau menyatakan bahawa jika Pas ingin segera berada dalam kerajaan, mereka boleh sahaja menyertai Kerajaan MADANI hari ini.

Tambahnya juga, UMNO juga tidak akan membantah sekiranya Pas ingin menyertai Kerajaan MADANI,

Pemimpin UMNO ajar Pas cara cepat jadi kerajaan bikin Bersatu sakit hati

malah ia tidak akan mendatangkan masalah kepada UMNO.

“Saya bersetuju dengan Ku Li bahawa Pas akan bekerjasama dengan mana-mana parti demi kuasa. Tidak hairan jika Pas dan DAP kembali berpelukan.

“Pas sudah mempunyai rekod mengeluarkan apa sahaja fatwa politik yang akan menghalalkan tindakan mereka. Pas sudah lama bersikap pragmatik. Mereka gelisah bila tidak lagi berada dalam kerajaan.

“Jika mahu cepat, Pas boleh sahaja menyertai kerajaan MADANI. UMNO tidak akan membantah. Ia tidak akan mendatangkan masalah kepada UMNO.

Luka Bersatu akan bertambah dalam,” katanya menerusi catatan di laman sosial Facebook beliau hari ini.

BACA: Wanita menang pampasan RM157,266 gara-gara dipecat kerana hamil 8 minggu