Pemimpin Dewan Himpunan Penyokong Pas letak jawatan, lepas keahlian

Pemimpin Dewan Himpunan Penyokong Pas letak jawatan, lepas keahlian

Setiausaha Dewan Himpunan Pendukung PAS (DHPP) Pusat, S Barathidasan melepaskan semua jawatan disandangnya dalam sayap penyokong parti Islam itu.

Katanya, keputusan untuk mengundurkan diri disebabkan beliau tidak merasakan dapat membawa suara rakyat bukan Islam.

“Tujuan peletakan jawatan ini adalah disebabkan masalah dan kesulitan yang tidak dapat dielakkan dalam DHPP dan isu berterusan berlaku sehingga saya tidak dapat membawa suara rakyat (bukan Islam), khususnya masyarakat India.

“Maka sia-sia jika saya tidak dapat menjalankan tugas dan amanat berkhidmat untuk masyarakat,” katanya dalam kenyataan.

Antara jawatan lain dilepaskannya termasuk urusetia DHPP Pusat, ketua DHPP Wilayah Persekutuan, pengarah pilihan raya DHPP Pusat, serta ahli jawatankuasa Badan Kebajikan Kakitangan PAS.

“Malahan saya juga melepas keahlian biasa dalam DHPP,” kata Barathidasan.

Beliau berkata, surat peletakan jawatannya diserahkan kepada Setiausaha Agung PAS Takiyuddin Hassan dan Ketua DHPP Pusat Senator N Balasubramaniam pada 30 Dis tahun lalu.

Namun, disebabkan penundaan banyak mesyuarat DHPP Pusat akibat Covid-19, Dewan Harian DHPP PAS Pusat hanya dapat menerima keputusannya dalam mesyuarat hari ini.

DHPP adalah sayap penyokong PAS dianggotai oleh ahli bukan Islam.

Berita Penuh :https://www.freemalaysiatoday.com/category/bahasa/tempatan/2021/02/21/pemimpin-sayap-bukan-islam-pas-letak-semua-jawatan-lepas-keahlian/