Pemimpin Amanah mulakan jelajah jumpa ahli beri penerangan kemelut politik

Pemimpin Amanah mulakan jelajah jumpa ahli beri penerangan kemelut politik

Sejak beberapa minggu lalu Abang Mat selaku Presiden AMANAH membuat lawatan kerja turun ke negeri-negeri bersama JKuasa Pimpinan yang lain. Aku berkesempatan untuk turut serta.

Parti telah membuat ketetapan bahawa pimpinan perlu turun padang dan berikan penjelasan yang tepat kepada ahli-ahli parti terutama berkaitan perkembangan yang berlaku sejak mandat PH dicuri empat bulan yang lalu.

Apa yang menarik kepada aku adalah ketika turun di Negeri Sembilan.

Program parti diadakan di ballroom sebuah resort. Besar dan luas biliknya. Aturcara disusun dengan kemas dan teratur

Ketika sesi dialog, soalan-soalan panas diaju terus kepada Abang Mat tanpa berselindung. Abang Mat pula menjawabnya dengan tenang dan jelas satu persatu. Seperti biasa, dia selit dengan jenaka penuh pengajaran.

MB Negri Sembilan YAB Aminudin dan YB Cha Kee Chin, Setiusaha DAP Negri Sembilan hadir dalam majlis penutup.

Usai program, kami dibawa ke satu ruang yang agak luas untuk makan. Semua hadir makan di ruang yang sama. MB Aminudin, YB Cha, Abg Mat dan MK Ibrahim Abd Rahman, Pengerusi Amanah Negri Sembilan dan pimpinan lain.

Menariknya, menu makanan semua sama. Tiada lauk pauk berbeza di meja VIP. Semuanya sama. Ini ada suatu perkara yang sangat menarik kepada aku.

Wow! New normal selepas COVID-19 ni hebat.

Moga terus dikekalkan dan pasti keadaan sebegini akan terus merapatkan pemimpin dah ahli-ahli pendokong parti.

Syabas dan tahniah AMANAH Negeri Sembilan.

Sumber :

COMMENTS