Pemilik Crackhouse Comedy Club disenaraikan hitam seumur hidup

Pemilik Crackhouse Comedy Club disenaraikan hitam seumur hidup

Pemilik Crackhouse Comedy Club disenaraikan hitam seumur hidup. Crakhouse Comedy Club yang pernah mencetuskan kontroversi pada bulan lalu akibat jenaka yang menghina agama dari salah seorang wanita menerima padah apabila lesen perniagaan mereka ditarik balik berkuat kuasa 31 Julai 2022.

Menerusi sebuah ciapan daripada wartawan Mohd Redzuan Abdul Manap di akaun Twitter miliknya, beliau melaporkan bahawa pihak DBKL telah membatalkan lesen Crakhouse bermula 31 Julai ini.

Lebih pedih lagi, pemiliknya pula disenarai hitam seumur hidup dan tidak dibenarkan untuk mendaftar lesen perniagaan di mana-mana premis di Kuala Lumpur.

Terdahulu, tular di media sosial satu rakaman video menunjukkan seorang wanita dipercayai membuat satu stand up comedy, didakwa di sebuah kelab komedi di Taman Tun Dr Ismail.

Menerusi video berdurasi 53 saat itu, kelihatan seorang wanita berbaju kurung dan bertudung memperkenalkan diri serta mengaku sebagai seorang wanita Muslim yang menghafaz 15 juzuk al-Quran.

Pemilik Crackhouse Comedy Club disenaraikan hitam seumur hidup

Sebaik selesai memperkenalkan diri, wanita itu kemudian membuka tudung serta baju kurung dipakainya dan mendedahkan pakaiannya yang sebenar iaitu baju terdedah sebahagian dada tanpa lengan serta memakai skirt pendek yang menampakkan sebahagian paha. Tindakannya menerima sorakan daripada penonton yang hadir menonton persembahannya.

Wanita berusia 26 tahun yang dikenali sebagai Siti Nur Nuramira Abdullah mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen atas pertuduhan menghina Islam.

 

Lihat siaran ini di Instagram

 

Siaran dikongsi oleh VOCKET (@vocket)

Tertuduh membuat pengakuan itu selepas pertuduhan dibacakan jurubahasa di hadapan Hakim Siti Aminah Ghazali.

Manakala teman lelaki wanita berkenaan, 38, pula dipercayai akan didakwa di Mahkamah Sesyen Petaling Jaya mengikut Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998.

BACA:

Gadis Kedah ditangkap khalwat bersama 3 lelaki, siap jumpa kondom

Teruk kena hentam air balang rasa tak sedap, Syahmi Sazli akhirnya bersuara

Terkini: Pengasas parti DAP meninggal dunia

CATEGORIES