Pemilihan PKR : Nurul Izzah luah perasaan

Pemilihan PKR : Nurul Izzah luah perasaan. Dalam kesibukan pimpinan PKR untuk bertanding dan merebut jawatan namun bagi Ahli Parlimen Permatang Pauh, Nurul Izzah Anwar menganggap pertandingan di dalam parti baginya bukanlah menjadi keutamaan.

“Pada masa ini, penumpuan saya adalah kepada program Ayuh Malaysia. Kedudukan saya sama sahaja, yang penting jangan sampai ‘menang sorak kampung tergadai’.

“Keutamaan kita adalah untuk menang pilihan raya dan meraih semula kepercayaan rakyat. Kerana itu, fokus saya adalah pada program Ayuh Malaysia, itu sangat penting,” katanya menerusi program OWH!MG Eksklusif.

Beliau berkata, menerusi Ayuh Malaysia yang diusahakan bersama Mohd Rafizi Ramli, program ini menjadi pemangkin kepada rakyat.

Pemilihan PKR Nurul Izzah luah perasaan

“Ini penting untuk rakyat percaya semula bahawa undi mereka itu bermakna.

“Itu merentasi kebolehan kita untuk mengangkat (kepercayaan) itu dan parti adalah satu wadah dan banyak kerja harus dilakukan menerusi Ayuh Malaysia.

“Bila tiba masanya, saya akan buat keputusan sama ada bertanding atau tidak, tetapi buat masa ini fokus saya harus tertumpu kepada gerakan ini,” katanya.

Ketika ditanya mengenai Pemilihan PKR 2022, Nurul Izzah berkata, ia bukan mudah kerana perlu berhadapan dengan tanggapan rakyat.

“Bukan semua orang ingat kejadian 1998, buku sejarah kita tidak mecatatkan apa yang berlaku pada krisis politik dan krisis ekonomi pada tahun 1997. Apa yang mereka nampak hanyalah apa yang ada di dada-dada akhbar arus perdana ketika itu.

“Pada saya, penting untuk kita cuba teliti balik calon-calon kita.

“Apakah intipati dasar yang kita tawarkan. Contohnya, orang mungkin tak nak dengar gaji minima semata-mata, orang nak dengar bagaimana kita boleh menampung impian dan juga keperluan pekerja dan sektor pekerjaan mana yang mungkin kita perlu jana untuk memastikan ia juga dilengkapi dalam jaminan sekuriti dan kedaulatan makanan.

Pemilihan PKR Nurul Izzah luah perasaan

“Selepas raya nanti, percayalah harga barang akan naik lagi, inilah masalah sistematik,” katanya.

Jelas beliau di sinilah bagaimana PKR dapat menawarkan sesuatu yang berkesan kepada rakyat.

“Walaupun bukan keputusan populis tetapi kita perlu mengambil kira masalah-masalah dasar yang mengakibatkan kita terperangkap dalam kos sara hidup yang terus meningkat.

“Jadi, isu-isu ini kita kena beri penekanan dan juga kena lebih serius kerana nak tak nak kita pernah jadi kerajaan,” katanya lagi.

Tambah Nurul Izzah, Pemilihan PKR 2022 memerlukan penumpuan khusus, pemilihan hanyalah bersifat sementara dan perlu lebih bijak berkomunikasi.

“Saya juga berdepan cabaran untuk berkomunikasi dengan rakyat, bagaimana saya mahu menangkap minat rakyat terhadap usaha-usaha ini.

“Saya nampak di Selangor dan Pulau Pinang bagaimana tahap kepercayaan rakyat dan kredibiliti ahli politik sangat rendah.

“Rakyat merasakan semua pemimpin sama sahaja yang mana sibuk nak kejar kuasa. Siapa yang akan ada di situ untuk memperjuangkan hak mereka?” soalnya.

Jelasnya, semua calon yang bertanding harus membawa naratif rakyat sebagai tawaran dan tidak berharap kepada jawatan semata-mata.

Pemilihan PKR 2022 menjadi lebih hangat apabila kerusi Timbalan Presiden PKR menjadi rebutan di antara Datuk Seri Saifuddin Nasution dan Rafizi.

TONTON:

BACA:

Wajah anak penyanyi dangdut diejek seperti monyet

Bosan fasa lockdown, ayah dan anak ubah Ford Fiesta jadi bot

UiTM buat laporan polis, dokumen sulit isu pensyarah herdik pelajar dah bocor

CATEGORIES