Pemilihan Bersatu, Pengerusi Bersatu Pahang akui wujud kem dalam kalangan calon bertanding

Oleh BURHANUDDIN ABD RAZAK

Pengerusi Bersatu Pahang, Saifuddin Abdullah, menafikan dakwaan daripada pihak tertentu bahawa

Pemilihan parti itu akan mencetuskan perpecahan dan mewujudkan kem di kalangan calon yang bertanding.

“Saya sendiri mengikuti hampir semua siri jelajah solidariti Bersatu, di mana kita mengumpulkan semua calon yang bertanding untuk pemilihan kali ini.

Boleh dikatakan semua calon hadir tanpa mengira ‘team’ atau kem masing-masing.

“Jika ada ‘team’ atau kem sekalipun, ia tidak sampai mencipta perpecahan kerana pemilihan parti adalah proses biasa dalam demokrasi…

Pemilihan Bersatu, Pengerusi Bersatu Pahang akui wujud kem dalam kalangan calon bertanding

kita bertanding sesama kita seperti ‘adik-beradik’,” jelasnya ketika ditemui oleh Malaysiakini selepas program Jelajah Solidariti Bersatu Pahang di Indera Mahkota malam tadi.

Saifuddin berkata, sejak pilihan raya umum ke-15 (PRU15), Bersatu tidak mempunyai satu program besar yang dapat mengumpulkan semua ahli parti, terutamanya ahli akar umbi.

“Jadi, dengan adanya jelajah seperti ini, kita dapat berkumpul bersama dan melihat ke hadapan, khususnya dalam membuat persiapan menghadapi pilihan raya umum akan datang,” tambahnya.

Bagaimanapun, Saifuddin memaklumkan bahawa soal pencalonan bagi jawatan yang dipertandingkan tidak melanggar peruntukan yang ditetapkan oleh jawatankuasa pemilihan selagi individu tersebut layak untuk bertanding.

“Seperti yang saya katakan sebelum ini, walaupun ada pertandingan, suasana pertandingan itu adalah mesra.

“Kita telah mendapatkan kembali momentum sejak siri jelajah solidariti itu dimulakan, dan ramai ahli akar umbi juga ingin melihat lebih banyak program seperti ini diadakan. Jadi, kita akan lihat apa yang boleh kita lakukan untuk mengekalkan momentum ini,” katanya yang juga merupakan ahli parlimen Indera Mahkota.

Beliau juga memberitahu bahawa proses pemilihan Bersatu kali ini adalah sebahagian daripada pelan ‘kejuruteraan semula’ parti dan akan berlanjutan sehingga PRU16.

BACA: APT jadi siulan ramai, ramai tak sedar maksud sebenar lirik ada maksud tak senonoh