Pemikiran menyucikan pemimpin sudah sebati dalam PAS

Pemikiran menyucikan pemimpin sudah sebati dalam PAS

Fikrah holier than thou pemimpin PAS tidak pernah berubah. Bagi sebahagian daripada mereka, PAS itu agama, agama itu PAS. Kerana tafsiran “Islam” wajib menyerupai tafsiran yang diberikan oleh “orang suci” dari parti mereka. Itulah tafsiran paking tepat berkenaan “Agama”.

Sebahagian daripada mereka mentaqdiskan (menyucikan) pemimpin mereka sehingga setiap kalam yang keluar daripada mulut pemimpin mereka (terutama Presiden) sebagai suatu “wahyu” yang wajib dilaksanakan.

Barangsiapa ingkar atau tidak bersama dengan ijtihad politik mereka, maka bersedialah menerima hukuman pelabelan daripada mereka. UMNO pernah merasa dikafirkan. AMANAH pernah rasa dimunafikkan dan dilabelkan setaraf binatang. PKR dah merasa . DAP sudah tentu sentiasa berubah definisi daripada kafir harbi, kepada kafir dzimmi, kemudian kafir harbi.

Jika dikata seperti di atas, maka mereka segera menafikan sekeras-kerasnya bahawa mereka menjadikan parti mereka sebagai agama dan presiden parti sebagai “rasul”. Tetapi apabila melihat track record mereka, anda pasti bersetuju dengan saya. Kerana ijtihad politik mereka adalah sentiasa benar, sentiasa betul dan tidak pernah salah menurut Presiden mereka sendiri.

“Maka (fikirkanlah) adakah orang yang diperelokkan kepadanya amal buruknya (oleh Syaitan) lalu ia memandangnya dan mempercayainya baik, (bolehkah disifatkan sebagai orang yang menjalankan peraturan yang ditetapkan Allah untuk memberi hidayah kepadanya, atau sebaliknya)? Kerana sesungguhnya Allah menyesatkan sesiapa yang dikehendaki-Nya, dan Ia juga memberi hidayah petunjuk kepada sesiapa yang dikehendaki-Nya. Oleh itu, janganlah engkau membinasakan dirimu (wahai Muhammad) kerana menanggung dukacita terhadap kesesatan mereka. Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui akan apa yang mereka kerjakan.”

(Surah Faathir: 8)

Sumber:

COMMENTS