Pembantu Mat Sabu ditahan SPRM bukan suspek utama

Pembantu Mat Sabu ditahan SPRM bukan suspek utama

Poster ini mengambil penulisan berita daripada Astro Awani dan Fmt yang jelas berniat jahat. Ternyata ia satu percubaan terancang untuk mempotraitkan dan mengaitkan sdr Azhar sebagai ‘suspek’ bagi kes membabitkan RM56 juta tersebut.

Sedangkan, hakikatnya tidak begitu. Suspek sebenar adalah individu lain, bukannya Sdr Mohd Azhar Mat Dali. Azhar dipanggil bagi ‘membantu siasatan’ terhadap pihak lain iaitu suspek sebenar kes.

Maka, apa tujuan laporan dan poster ini dibuat begini selain daripada satu percubaan mencemari nama Azhar dan juga Amanah?!

Sebelum ini bekas SetPol Menteri Wilayah (Khalid Samad) menjadi sasaran. Sekarang bekas SetPol Menteri Pertahanan (Mohamad Sabu). Seems kind of systematic abuse process of law. Intimidate pembangkang. Tangkap for the purpose nak mencemari nama Amanah. Sekaligus tekanan politik yang disengajakan khususnya menjelang Sidang Parlimen 13 Julai akan datang.

Mereka yang seronok dan teruja dengan perkembangan ini, khususnya yang berbeza pendapat dari hal mengambil semula mandat rakyat; saya nasihatkan sorok sikit seronok tu.

Sumber :

COMMENTS