Pembantu hilang sabar nekad pukul sampai mati bos sendiri. Seorang pembantu tukang masak yang gagal mengawal emosi ketika bertengkar bertindak di luar dugaan apabila menumbuk dan memukul majikannya dengan kayu sampai mati dalam kejadian di sebuah restoran di Jalan Stadium di sini kelmarin.
Kejadian pada pukul 5.15 petang itu berlaku apabila suspek berusia 55 tahun bertengkar dengan mangsa, Ishak Othman, 68, di belakang premis tersebut.
Sumber berkata, kejadian berlaku apabila anak mangsa dan isteri suspek bertengkar berkaitan bekas peralatan yang sudah dicuci.
Katanya, mangsa yang terdengar pertengkaran itu keluar dari restoran dan terus memarahi wanita tersebut sebelum suspek turut masuk campur.
“Suspek yang hilang sabar kemudian telah menyerang majikannya dengan sebatang kayu. Anak masing-masing cuba menghalang perbuatan itu, namun suspek dikatakan sempat melepaskan beberapa tumbukan ke muka mangsa sebelum dileraikan.
“Mangsa kemudian tiba-tiba rebah selepas pergaduhan selesai dan pemeriksaan yang dilakukan oleh pegawai perubatan mendapati mangsa telah meninggal dunia,” katanya.
Jelas sumber, mangsa mempunyai sejarah berkaitan penyakit jantung, darah tinggi dan sakit tulang belakang.
kawasan belakang kedai yang menjadi lokasi pergaduhan antara suspek dan majikannya yang berakhir dengan kematian di Jalan Stadium, Alor Setar kelmarin.
Ketua Polis Daerah Kota Setar, Asisten Komisioner Ahmad Shukri Mat Akhir memberitahu, suspek kini ditahan bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan.
Sementara itu, anak mangsa, Ummi Hafsah, 28, tidak menyangka suspek yang sudah dianggap sebagai keluarga sendiri itu tergamak bertindak demikian.
“Sampai hati dia pukul bapa yang sudah tua di hadapan ibu.
“Saya ambil dia dan isteri bekerja sejak tiga bulan lalu serta melayan mereka seperti keluarga sendiri. Kalau pergi jalan-jalan, kami akan bawa mereka bersama,” katanya.
Menurut Ummi Hafsah, arwah bapanya ada menyuarakan mengenai rasa tak sedap hati terdahap kelakuan suspek sebelum ini tetapi dia sangka perkara biasa.
“Kedai itu menjadi sumber pendapatan kami dan arwah sering ke premis walaupun saya minta dia berehat di rumah kerana penyakitnya. Mungkin itu tanda akhir arwah,” katanya yang reda dengan kematian bapanya.
Jenazah Allahyarham selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Souq AlBukhary di sini.
BACA:
Tukang kayu pakai bikini ketika bekerja buat hidung netizen berdarah
@wawanfood Tak cuba maka tak tahu. Rasai sendiri Sambal Garing Mata Biru keluaran kami. Pedas 3 minit di mulut.... #sambalikanbilis #sambalgaringbilis #ikanbilismatabirusabah #ikanbilismatabiru #ikanbilismatabirusabah #ikanbilismatabiru #ikanbilis #sambal ♬ Sunrise - Official Sound Studio