Pemandu ‘silau’ tengok Lambo Syamsul Yusof jadi punca kemalangan jalan raya

Oleh AHMAD SULAIMAN

Mungkin disebabkan terlalu fokus melihat Lamborghini milik Syamsul Yusof, pemandu kereta di sebelah kenderaan sukan pengarah terkenal itu terlanggar kereta di hadapannya.

Menerusi video yang dikongsi di media sosial k1exotics, kereta sport yang dipandu Syamsul

Dilihat bergerak perlahan sebelum berlaku pelanggaran antara dua kereta lain di lokasi yang sama.

Lamborghini Syamsul Yusof melepasi sahaja

Pengarah tersebut dilihat sempat membuka tingkap keretanya sebelum melalui lokasi kemalangan dua kenderaan berkenaan, mungkin untuk mengelakkan kesesakan lalu lintas.

Pemandu 'silau' tengok Lambo Syamsul Yusof jadi punca kemalangan jalan raya

Lambo Syamsul Yusof jadi punca, kereta lain pula terlibat kemalangan

Dalam video itu, kelihatan sebuah kereta Audi yang dipandu seseorang melanggar bahagian belakang sebuah kenderaan jenis MPV. Pemandu MPV yang terkejut segera keluar dari kereta, sementara Syamsul juga sempat melihat kejadian tersebut sebelum video tamat.

Nasib orang kaya, langgar orang kaya

Di ruangan komen TikTok k1crtv, ramai netizen menganggap pemandu Audi itu terleka melihat kereta sport milik pengarah filem Mat Kilau: Kebangkitan Pahlawan yang begitu menarik perhatian.

Namun, ada juga yang mempertahankan Syamsul, mengatakan dia tidak terlibat dalam kemalangan tersebut dan pastinya bukan kesilapan kereta yang dipandu oleh pengarah itu.

Pemandu ‘silau’ tengok kereta Syamsul, mungkin itu sebabnya

“Hahaha, dapat agak pemandu Audi tu hilang fokus,” kata seorang pengguna.

Salah siapa dalam keadaan begini?

Syamsul Yusof, atau nama sebenarnya Mohd. Syamsul Mohd. Yusof, 40, dilaporkan memandu Lamborghini Aventador dan sebelum ini telah beberapa kali mencuri perhatian netizen di media sosial.

BACA: Proton lancar kereta EV pertama, bakal jadi kenderaan rasmi ASEAN 2025