Pemandu mabuk : Hanya perlu nasihat pelanggan jangan memandu – Wee Ka Siong

Pemandu mabuk : Hanya perlu nasihat pelanggan jangan memandu – Wee Ka Siong

Kerajaan tidak merancang untuk mewajibkan pusat hiburan dilengkapi dengan alat memeriksa kandungan alkohol (breathaliser) bagi digunakan terhadap pelanggan yang meninggalkan premis mereka.

Menurut Menteri Pengangkutan Wee Ka Siong, kerajaan hanya menggalakkan pengusaha pusat hiburan untuk melakukannya.

“Kita tidak mewajibkan mereka,” katanya semasa sesi soal jawab di Dewan Rakyat hari ini.

“Memang sudah ada kesedaran, mereka sudah beli breathaliser,” katanya sebagai menjawab soalan Mohd Nizar Zakaria (BN-Parit) yang bertanya sama ada kerajaan akan melaksanakan pemeriksaan demikian.

Wee berkata kerajaan menasihatkan pengendali pusat hiburan untuk menasihati pelanggan mereka yang berada di bawah pengaruh alkohol agar tidak memandu sendiri.

Wee menambah bahawa polisi seumpamanya, yang digelar “blow before go” dilaksanakan di Australia.

Tetapi, kata Wee, buat masa ini, kerajaan hanya menggalakkan pengusaha untuk melakukannya.

“Sudah ada pengusaha pusat hiburan beli breathaliser tapi mereka tidak tahu berapa yang mereka minum itu menyebabkan mencapai tahap had Blood Alcohol Content (BAC) yang tidak dibenarkan,” katanya.

Justeru, kata pemimpin MCA itu, kerajaan akan melancarkan kempen mendidik berhubung dengan pindaan Rang Undang-Undang (RUU) Pengangkutan Jalan 1987.

RUU itu memberikan hukuman yang lebih berat terhadap mereka yang memandu di bawah pengaruh alkohol.

Sementara itu, Wee juga mendesak Grab untuk memulakan kempen memberi kesedaran kepada orang ramai yang menggunakan khidmat e-hailing.

Berita penuh : https://www.malaysiakini.com/news/537116

COMMENTS