Pagi tadi saya melihat satu komen tentang seorang lelaki yang mendoakan isterinya yang bakal berangkat ke tanah h4ram,
Namun isterinya itu membelakangi sang suami. Air mata saya terus menitis, mengalir der4s kerana teringatkan bonda yang saya cintai.
Untuk pengetahuan kalian, saya seorang anak yang telah mengalami tr4uma dari kecil ini kerana kesan penceraian ibu dan ayah saya
Itu bukanlah yang hendak saya ceritakan lebih lanjut, ini perihal ibu saya.
Ibu saya sebenarnya seorang yang baik, tetapi seingat saya ibu saya seorang yang derh4ka pada suaminya.
Saya merupakan anak bongsu, ke mana sahaja ibu pergi, ibu akan bawa saya. Sebenarnya ibu saya menjadi begitu kerana tertekan dengan sikap ayah yang pemalas, suka mengh1na ibu dan baran.
Ibu saya pula tidak tahan, setiap kata kata ayah dia akan baIas.
Ibu akan menyumpah ayah bila dia tidak berpuas hati. Setiap hari ibu akan menyumpah ayah di belakang dan mendoakan semoga ayah m4ti dalam keadaan yang h1na.
Ketika itu saya masih kecil, namun saya faham ibu bersikap begitu kerana tidak tahan dengan sikap ayah.
Hinggalah satu hari ibu dapat tangkap ayah ada hubungan sulit dengan perempuan lain, sudahlah pemalas, tidak memberi nafkah, menghabiskan duit pada perempuan lain, hati ibu sangat remuk. I
bu masih bertahan di rumah itu kerana fikirkan anak yang masih kecil, ibu tiada tempat dan arah yang hendak di tuju.
Satu hari ibu membawa saya ke rumah seorang b0moh, ketika itu saya masih tak faham.
Apa yang saya ingat ibu minta agar b0moh itu buat ayah tunduk padanya dan tidak berpeleseran dengan perempuan lain.
Ketika itu jugalah banyak hal misteri berlaku dalam keluarga kami, kakak saya tiba – tiba s4kit mungkin juga kerana sih1r terkena pada kakak,
Bila saya dewasa saya fikir balik mungkin sih1r itu terkena pada kakak? Kerana tiada apa – apa kesan pada ayah. Akhirnya ayah menghalau ibu dan menceraikan ibu dengan talak 3.
Sebenarnya, sebelum berkahwin dengan ayah, ibu saya pernah berkahwin dengan 2 lelaki lain, apa yang saya tahu, ibu sememangnya menderh4ka pada kedua suami – suami sebelum ayah.
Suami kedua ibu itu orangnya yang baik, apa yang saya tahu ibu pernah beIasah ayah tiri saya, m4ki itu perkara biasa. Sikap ibu saya memang pelik, sukar saya nak ceritakan, kalau dicerita habis tak cukup tangan saya menulis. Biarlah saya ceritakan hal yang ringkas sahaja.
Walaupun kami nampak peng0rbanan ibu, namun adik beradik saya sepertinya tiada rasa hormat pada ibu saya. M4kin parah bila ibu sudah mula nyanyuk, anak -anak seperti tidak mahu mendekati ibu.
Saya amat kasihan melihat ibu, hidupnya meracau, tak lekang dari mulutnya menyumpah, bila diam4ti keadaannya itu sama sangat seperti persekitaran lalu, yang dulu sewaktu saya kecil, ibu melepaskan amarah dengan menyumpah ayah di belakangnya.
Nyanyuk ibu bukan biasa, wajahnya nampak malap dan tidak bercahaya. Ibu nampak tertekan, seperti hendak meluahkan sesuatu tapi tak mampu. Wajah ibu nampak serabut, kusut,
siapa sahaja yang melihat pun akan rasa benda yang sama, ibu tiada aura yang positif.
Penjaga ibu semestinya perlu kuat untuk menghadapi situasi itu. Namun ibu masih beruntung kerana kami masih menjaganya, walaupun tak sanggup tapi 3 adik beradik ini masih ambil tahu dan merawat ibu. Badan ibu masih kuat dan bertenaga. Tapi sikapnya tak ubah seperti anak – anak kecil.
Satu hari ada seorang h4mba Allah yang saya kira alim ulama’ bertanya. Dia melihat gambar ibu, lalu dia bertanya “Adakah sewaktu muda dulu ibu kamu ini hidupnya dalam durhaka pada suami dan tidak mendapat keredhaan suami??”
Saya diam. Dalam hati saya menjawab, benar, ibu saya seorang penderh4ka. Ustaz itu berkata, walaupun hidup kita ni diuji, dapat suami yang sebegitu namun kita tiada hak untuk menderh4ka dan menyumpah suami, kita wajib taat selagi tidak meIanggar hukvm.
Saya tak mampu berkata apa, kesemua bekas suami ibu sudah meninggaI dunia. Usia ibu pun sudah lanjut, fizikalnya masih kuat cuma mentalnya sahaja bercelaru. Di sini dapat kita simpulkan bahawa seorang wanita itu wajib taat pada suaminya walau apa keadaan suaminya selagi mana dia bergelar isteri,
Selagi dia bersabar InsyaAllah ada ganjaran pahala baginya namun jika dia tewas bersedialah dengan azab Allah di dunia dan akhir4t. Sebenarnya ustaz itu ada ceritakan, banyak kisah seperti ibu yang dia jumpa. Sempena bulan yang mulia dan berkah ini, saya mohon doa dari pembaca agar mendoakan kesihatan ibu saya, mohon diberi ketenangan hati buatnya, saya tak sanggup melihat ibu meracau sebegitu.
Saya sayangkan ibu, walaupun begitu sikapnya ibu banyak berk0rban untuk saya dan adik beradik. – Mewangi (Bukan nama sebenar)
Komen W4rganet :
Ummie Hani : Sehari dua ni ada pulak isteri – isteri up content bercakap dan menengking – nengking suami beli pancing dan seluar jeans. Ya Allah berdebar Saya tengok, seolah tiada hormat langsung pada suami.
Tak faham saya bagaimana tafsiran hormat suami di kalangan isteri – isteri hari ni. Dan nampak suami pun tak reti guna kuasa sebagai seorang suami. Nampak gagal mendidik isteri. Terima kasih kongsi kisah ni buat tauladan semua.
Zakiatunnisaa Maarof : Kadang – kadang, apa yang berlaku pada Ibu TT ni sebenarnya ujian untuk keluarga. Mungkin ada past history dia yang kita tak tahu menyebabkan berlakunya sebegitu. Jadikanlah sebagai ikhtibar untuk kita semua di atas kekhilafan.
Doakan yang baik – baik buat Ibu TT agar dipermudahkan segala urusan di Dunia mahupun di akhir4t kelak. Semoga Allah Taala ampunkan segala dosa Kita semua. Kita sama – sama doakan ya. Aminnnn
BACA: Fasha Sandha dan Nora Danish akhirnya tamatkan sengketa lepas jumpa ‘the right man’ jadi punca