Pemain bola sepak Kedah luah rasa kecewa masih belum dapat gaji

Oleh AHMAD SULAIMAN

Sejak kebelakangan ini, Kedah Darul Aman FC (KDA FC) menjadi antara pasukan yang dipercayai mengalami masalah dalaman

Terutamanya selepas prestasi beberapa kejohanan domestik menjadi tanda ukur prestasi kelab berkenaan.

Selepas Sang Kenari dikejutkan dengan kekalahan 0-3 kepada Kuching City di laman sendiri dalam saingan suku akhir kedua MFL Challenge Cup,

Pemain bola sepak Kedah luah rasa kecewa masih belum dapat gaji

ia mengesahkan bahawa Sang Kenari secara rasminya terlepas semua trofi musim ini.

Oleh itu, tidak hairanlah jika penyokong-penyokong Hijau Kuning mengaitkan masalah dalaman mereka iaitu isu tunggakan gaji menjadi punca anak-anak buah Nafuzi Zain gagal memberikan persembahan terbaik dalam beberapa aksi kebelakangan ini.

Walaupun masih tiada sebarang kenyataan rasmi dari pihak pengurusan KDA FC mengenai isu luar padang itu namun beberapa pemain sudah mula menyuarakan tentang perkara tersebut.

Terbaharu, pemain muda KDA FC B, Muhammad Naqib terpaksa meluahkan rasa kecewanya terhadap suasana bola sepak Malaysia apabila dia turut menjadi mangsa tidak menerima gaji oleh majikannya.

Menerusi laman Instagram miliknya, dia hanya bergantung kepada gaji sebagai pemain bola sepak untuk meringankan beban keluarga namun tidak dapat berbuat demikian.

“Main bola ini memang seronok sebab ia sebut pasal gaji, kononnya kerja paling senang mahu buat duit apa semua.

“Kononnya dengan gaji bola ini mampu menyara keluarga yang memerlukan bantuan, tapi hakikatnya?

“Kalau dapat pasukan yang betul-betul pandai jaga majikan bersyukurlah kita, tapi dapat pasukan yang tak pandai jaga… selepas itu gaji nak tak nak bayar tapi ‘expect’ pemain ‘perform’ menang semua perlawanan,” katanya.

Tangkap layar luahan dari Muhammad Naqib dalam Instagram pada Jumaat.

WhatsApp Image 2023-10-20 at 10.16.42 PM

Tambahnya lagi, isu tunggakan gaji mungkin nampak kecil tetapi ia mampu memberikan impak yang besar kepada emosi dan motivasi pemain.

“Mungkin inilah dunia bola sepak sebenar di Malaysia dan jangan pernah ‘expect’ tinggi pada pemain kalau benda kecil ini tidak pandai jaga.

“Memang nampak macam biasa tapi ‘side effect’ yang sangat besar kepada pasukan dan pemain, motivasi serta moral pemain juga akan jatuh.

“Pemain itu hanya bergantung pada hasil kerjaya sebagai pemain, mana kita nak mungkin dia datang daripada keluarga yang susah?

“Kalau cakap semua ini bukan majikan nak dengar pun, tapi sekadar berkongsi luahan daripada seorang yang hidup serba kekurangan,” luahnya.

Muhammad Naqib musim ini beraksi bersama KDA FC B dalam Piala MFL.

Sebelum ini, wakil daripada penyokong skuad Hijau Kuning tampil berkongsi perkembangan semasa mengenai isu panas tersebut.

Difahamkan, wakil penyokong Hijau Kuning iaitu Green Yellow Supporter Club berkongsi di laman Facebooknya, Jusnaidi Gysc menyatakan bahawa dia sudah mengadakan pertemuan dengan Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) kelab, Khamal Idris Ali.

Penyokong berkenaan mendedahkan bahawa KDA FC sememangnya kini mengalami beberapa masalah dalaman namun ia bukan alasan untuk peminat Sang Kenari terus mengendahkan sokongan terhadap pasukan Utara tanah air itu.

BACA: Pondok pemilik rumah flat diroboh Majlis Bandaraya buat netizen puas hati