Pelitup muka buatan Israel dijual di negara kita?

Pelitup muka buatan Israel dijual di negara kita?

Sebuah premis di Digital Mall di Seksyen 14, Petaling Jaya di Selangor didapati menjual pelitup muka tiga lapis buatan Israel.

Sumber memberitahu Malaysia Dateline, produk dengan bungkusan tertera bahasa Hebrew di bahagian atas dan bahasa Inggeris di bawah itu dijual dengan harga RM49 sekotak.

“Saya cakap nak beli (pelitup muka) untuk eksport. Dia (peniaga) jawab dia pembekal, shipping dari China makan masa paling lama enam hari,” kata sumber itu.

Malaysia tidak mempunyai hubungan diplomatik dan perdagangan dengan Israel lantaran tidak

Malaysia tidak mengiktiraf negara Israel sekali gus tidak mempunyai hubungan diplomatik dan perdagangan dengan negara haram yang ditubuhkan pada 1947 itu.

Jabatan Imigresen Malaysia juga menetapkan Israel haram dilawati oleh rakyat negara ini.

Mulai 1 Ogos ini, kerajaan mewajibkan pemakaian pelitup muka dalam pengangkutan awam dan di kawasan sesak atau tumpuan umum ekoran pertambahan kluster jangkitan Covid-19 baharu yang dikenal pasti.

Orang ramai boleh didenda RM1,000 di bawah Akta 342 (Akta Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988) sekiranya gagal mematuhi peraturan terbaharu itu.

Berita penuh : https://malaysiadateline.com/bagaimana-pelitup-muka-buatan-israel-boleh-dijual-di-malaysia/

COMMENTS