Peliknya ustaz selebriti rakam diri sendiri bertahajud

Peliknya ustaz selebriti rakam diri sendiri bertahajud

Ada orang cuba menyamakan perbuatan Syeikh Misyari ar-Rasyid yang menjadi imam bagi ribuan orang di masjid sama seperti perbuatan ustaz selebriti merakam perbuatan solat tahajud berserta dengan nombor akaun.

Berikut adalah video solat Misyari ar-Rasyid yang dikongsikannya
https://youtu.be/lHTnmqz5l4w

Saya tidak pasti sama ada beliau betul-betul tidak mampu membezakannya atau kerana ketaksuban melampau menyebabkan beliau tidak mampu berfikir secara waras.

Berikut adalah beberapa perbezaan ringkas.

Syeikh Misyari menjadi imam solat berjemaah di masjid, berimamkan ratusan malahan ribuan orang.

Adalah menjadi kebiasaan bagi kebanyakan masjid merekodkan bacaan solat imam mereka.

Apatah lagi bagi imam-imam besar seperti Syeikh Misyari, Syeikh Sudais, Syeikh Husary, Syeikh Ghamdi yang bacaan al-Quran mereka ini didengari oleh jutaan manusia setiap hari di seluruh dunia, sudah tentu semua masjid akan berebut-rebut untuk merekod bacaan imam-imam tersebut agar bacaan itu dapat dikongsikan dan didengari di seluruh dunia.

Berikut adalah contoh-contoh lain bacaan imam yang direkodkan oleh masjid.

Syeikh Abdul Rahman:
https://youtu.be/ef8Ci5Zc3ZA

Syeikh Mansur:
https://youtu.be/ovS16H7YYUE

Syeikh Salman al-Utaybi:
https://youtu.be/HckB9GxvL0U

Syeikh Abdul Badi Ghaylan
https://youtu.be/oyjoEYg8Zag

Malahan menjadi kebiasaan juga bagi masjid-masjid di Malaysia untuk merekod bacaan terawih imam di masjid. Berikut adalah beberapa contoh bacaan imam di masjid yang direkod.

https://youtu.be/qK0us7oL2_8

https://youtu.be/UZTi8iJD-Ec

https://youtu.be/0HfvFL8AxIo

https://youtu.be/dHxFnwDVJes

https://youtu.be/M5c-sFAf-TE

Saya rasa tiada orang yang berakal waras akan mengkritik perbuatan imam-imam yang membacakan ayat-ayat Al-Quran bagi ribuan makmum, yang menjadi kebiasaan bagi umat islam.

Tetapi amat pelik sekiranya perbuatan bertahajud yang dilakukan bersendirian di rumah, yang sewajarnya dilakukan secara senyap-senyap tanpa diketahui oleh orang lain pun direkodkan untuk dipertontonkan kepada orang ramai.

Malah menjadi lebih pelik apabila pelakunya itu meletakkan sekali nombor bank accountnya di keseluruhan videonya itu.

Itu adalah diantara perbezaan-perbezaan secara ringkas yang saya berikan. Banyak lagi kalau nak tulis, tapi cukup sekadar itu.

Sumber:

COMMENTS