Pelik tapi benar, kepala air keluar dari rumah ini jadi punca satu taman banjir

Oleh MUHAMMAD KHAIRY JALALUDDIN

Pelik tapi benar seperti yang tular video sebuah rumah yang mengeluarkan air bah berwarna hitam dari dalamnya dengan aliran yang sangat besar.

Aliran air yang deras itu sangat mirip dengan banjir bandang.

Fenomena ini unik kerana hanya rumah tersebut yang mengalami kejadian seperti itu.

Penduduk sekitar juga kelihatan bingung dan hairan mengenai sumber air bah yang begitu besar.

“Warga terkejut dengan peristiwa yang menyerupai banjir bandang, namun banjir itu berasal dari dalam salah satu rumah warga.

Pelik tapi benar, kepala air keluar dari rumah ini jadi punca satu taman banjir

Air meluap begitu sahaja menurut maklumat yang diterima. Belum ada keterangan rasmi mengenai peristiwa ini,” tulis keterangan video tersebut.

Kejadian ini memang jarang ditemui, kerana keadaan yang sama tidak pernah berlaku di tempat lain.

Kemungkinan pemilik rumah sedang menggali tanah untuk mencari sumber air, tetapi teknik penggalian yang dilakukan mungkin tidak tepat, menyebabkan air dari dalam tanah menyembur keluar dengan deras.

Tambahan pula, lokasi penggalian tidak boleh dilakukan secara sembarangan. Terdapat beberapa kaedah khusus, seperti geolistrik, yang dapat membantu menentukan lokasi penggalian dengan tepat. Ini dapat mengelakkan potensi air meluap dengan deras.

Sementara itu, keadaan air yang berwarna hitam masih belum dapat dijelaskan. Umumnya, air bawah tanah berwarna kecoklatan atau jernih, bergantung kepada kedalaman penggalian.

Setakat ini, pihak Desa Apitaik juga belum memberikan sebarang keterangan rasmi mengenai fenomena aneh ini.

BACA: Padah liat bayar gaji pemain bola, bekas pemilik kelab bola bergelar ‘Datuk Seri’ ditangkap lagi