Pelik rumah langsung tak berhabuk walaupun 3 bulan tak balik, sekali jumpa rambut uban panjangKalau masak nasi, selalu sangat saki baki nasi dalam periuk tu lupa aku nak cuci. Sudahnya dua tiga hari jugalah aku terlupa nak cuci periuk nasi. Kau bayangkan selepas dua tiga hari, aku buka periuk nasi tu tapi nasi masih dalam keadaan elok tak basi…
#Foto sekadar hiasan. Assalamualaikum semua. Terima kasih jika luahan dan cerita aku ini diterbitkan admin. Maaf, cerita ini adalah kisah yang aku pahat kemas sebagai ingatan juga kenangan pahit atau manis? Entahlah aku pun tak pasti.
Korang layanlah je ye. Yang pasti ini bukan cerita yang direka – reka dan kisah ini benar – benar berlaku dalam hidup aku beberapa tahun lepas. Aku berjaya mendapat kerja yang ramai orang dambakan mungkin. Di sinilah bermulanya hidup aku.
Dengan kata lain, kisah yang aku alami di rumah sewa lama selama aku bersendirian pjj dengan suami. Aku mengandung anak pertama setelah 6 bulan berkahwin. Bermula dari situ, aku berusaha mencari rumah sewa untuk disewa berhampiran dengan kawasan kerja untuk memudahkan aku berulang alik.
Alhamdulillah, syukur.. aku dapat menyewa rumah sewa yang jarak perjalanan hanya mengambil masa 10 minit sahaja ke tempat kerja. Tanpa berfikir panjang, aku terus jumpa tuan rumah dan bayar deposit, dapatkan kunci. Hujung minggu terus berpindah masuk ke rumah tersebut tanpa banyak soal siasat.
Aku akui aku agak naif sebab langsung tak siasat dulu baca review dulu ke, entahlah. Walaupun rumah di pandangan mata kasar kelihatan agak suram seram mungkin. Aduhh. Tapi aku mengaku aku agak berani orangnya aku pun tak tahu, apa yang mendorong aku menjadi berani seperti itu.
Malam pertama aku tidur sendirian dirumah sewa tersebut maaf cakap, aku kalau tidur mesti bergelap memang tak suka cahaya. Tepat pukuI 12 malam, ‘Ketangggggggg!’ Kedengaran bunyi benda berdentum jatuh menghentam lantai dari luar bilik.
Aku betul – betul terk3jut, terjaga je dari tidur terus spontan bukak lampu, keluar dari bilik tapi.. aneh! Tiada apa – apa pun. Seriuslahh. Bunyi bukan main kuat tadi hmmm. Sambung baliklah tidur, aku mimpi kut! Malam seterusnya, aku pergi iron baju dalam bilik tengah, dekat rumah ni ada tiga bilik semuanya.
Kau bayangkan tengah iron baju, boleh pulak dengar bunyi pintu berkeriuk. Krekkkkkk. Krekkkkk… bunyi ni berulang – ulang. Dan buat sekian kalinya aku sangka anak jiran main pintu bilik agaknya. Husnuzon betul aku.
Malah, malam – malam lain pun aku diganggu dengan bunyi yang pelik – pelik tapi aku tak berani nak cerita dekat suami aku, entah apa lah yang aku fikir aduhai. Dah pindah terp4ksa hadap jela kan janji rumah dekat dengan tempat kerja, jimat giIa hah!
Sudahnya kena ganggu lagi. Bunyi guli. Aku pun tak pasti tapi bunyi tu macam bunyi guli ataupun duit syiling jatuh atas lantai aduh memang kerap kedengaran siang malam. Kadangkala, waktu aku penat balik kerja, belum mandi lepak dekat ruang tamu sambil layan mata.
Tingggg… tingggggg… tinggggg… Berdenting denting dan lagi. Aku masih fikir tu anak jiran punya kerja main guli! B0doh takk. Aku pun tak faham apehal pahIawan sangat aku ni! Haha. Bukan itu saje, aku pun pernah rasa bila waktu mandi saja, dalam toilet, seakan akan rasa macam ada satu hembus nafas saja dekat bucu telinga aku seram wehh.. memang seram.
Kalau mandi saja tak kira masa,mesti ada simen kecil – kecil dari bumbung toilet tu jatuh atas rambut setiap kali mandi. Kenapa ehhh? Puas aku fikir bila pandang atas tak ada apa – apa, hairan sungguh. Nak dijadikan cerita, aku ni memang kuat pelupa mungkin pembawakan baby kut.
Kalau masak nasi, selalu sangat saki baki nasi dalam periuk tu lupa aku nak cuci. Kadang – kadang aku beli nasi bungkus maklumlah tinggal sorang sudahnya dua tiga hari jugalah aku terlupa nak cuci periuk nasi. Kau bayangkan selepas dua tiga hari, aku buka periuk nasi tu tapi nasi masih dalam keadan elok tak basi. kau rasaaaaaa ???
Dan setiap hari banyak kejadian kejadian aneh yang lain berlaku selama aku menyewa di situ panjang sangat kalau nak cerita semua sampailah aku berjaya beli rumah sendiri dalam daerah yang sama. Tapi tu la, lama juga aku menyewa rumah tu nak dekat dua tahun kut.
Sampailah aku bersalin anak pertama aku cuti selama tiga bulan. Bila datang balik kau bayangkan aku tinggalkan rumah sewa tu selama tiga bulan. Rumah langsung tak ada sawang, tak ada habuk. Lantai elok – elok saja. Seolah – olah. macam ada penjaga! ermm pelikk!!
Suami aku minta aku tunggu dulu dalam kereta, dia masuk nak azankan di setiap penjuru rumah sewa tu. Alhamdulillah, kejadian – kejadian aneh dan pelik tu macam, entahlah nak cakap dah slow sikit berbanding dulu sebelum aku bersalin.
Tapi.. Tadi aku cerita kan. Dah beli rumah baru nak pindah. Jadi, lepas rumah siap untunk pindah, aku dan suami kemas rumah clear barang malam tu. Rupanya tak habes dekat sini. Ada lagii…. Masa aku tengah kemas lipat baju.
Aku terjumpa uban putih. Panjang rambutnya@@ Aku belekkk. Mak aii, Ni bukan benang. Aku Tarikk, putus macam rambut kauuu!!! Nahhhh.. Memang meremang bulu roma aku habes tegak! Maksudnya. Yang selama dok ganggu aku tuh, munngkin makhluk halus yang menyerupai orang tua kah?! Ai. Seram lah haii.
Sebelum pindah, sempat salam salam minta maaf dengan makcik tua jiran depan rumah aku. Dia cerita macam-macam pada aku! Katanya, ada budak bujang penah sewa rumah tu dulu tapi tak tahan kena gangguan.
Gangguan sebujik macam aku kena paling sama part nafas di bucu telinga dalam toilet tu! Allah.. Baru sekarang ye makcik tu nak bagitau, mungkin tak nak aku takot kot.Alhamdulillah Allah tak buka hijab aku untuk nampak dia selama dua tahun aku menyewa disitu! Sampai sini jela aku cerita. Jumpa lagi..