Pelik? lelaki ini bersyukur jadi penghidap kanser

Oleh MOHD FAHMI MUSTAQIM

Ali Banat, dilahirkan dan dibesarkan di Sydney, Australia, telah mencapai segala impian yang diidamkan oleh setiap anak muda seusianya.

Dengan kebebasan kewangan dan kuasa beli yang tinggi, dia menikmati kemewahan yang luar biasa.

Namun, kebahagiaannya berubah apabila dia didiagnosis dengan kanser dan diberitahu bahawa peluang hidupnya hanya tinggal beberapa bulan sahaja.

Walaupun air mata mengalir, di dalam hatinya, Ali merasa bersyukur dengan ujian yang menimpanya.

Ujian ini menyedarkannya bahawa kehidupan bukan hanya tentang mengejar keseronokan dan mengumpul kekayaan.

Pelik? lelaki ini bersyukur jadi penghidap kanser

Sebagai manusia, nilai hidupnya harus melebihi itu.

Rasa syukurnya ditunjukkan melalui MATW Project, sebuah pertubuhan bukan kerajaan yang ditubuhkan untuk membantu mereka yang memerlukan bantuan.

Tonton kisah penuh Ali Banat di sini:

Cabaran yang dihadapi oleh seseorang bukanlah mengenai betapa beratnya cabaran tersebut, tetapi bagaimana seseorang itu menghadapi cabaran tersebut. Kadang-kadang, disahkan dengan penyakit yang mempunyai ‘tarikh akhir’ di dunia ini sebenarnya membantu seseorang untuk sentiasa bersedia menghadapi fasa seterusnya.

Sesungguhnya, mereka yang diuji dengan sakit ini mempunyai darjat yang tinggi jika mereka bersabar. Sokong dan doronglah mereka untuk menjadi lebih kuat.