Pelanggan mengamuk kereta tiba-tiba rosak selepas isi minyak, rupanya minyak bercampur air

Oleh MOHD FAHMI MUSTAQIM

Sejumlah pemilik kenderaan mengamuk kerana mendakwa kenderaan mereka rosak setelah mengisi petrol di sebuah stesen minyak.

Menurut para pelanggan, minyak yang diisi di stesen minyak milik Pertamina didapati bercampur dengan air.

Bagi menjawab dakwaan tersebut, Setiausaha Korporat PT Pertamina Patra Niaga, Heppy Wulansari,

Menyatakan bahawa cabang wilayah syarikat berkenaan telah bertindak pantas dan menyiasat insiden itu.

Ujarnya, hasil siasatan mendapati terdapat kebocoran pada tangki Pertalite ketika hujan lebat di kawasan tersebut, menyebabkan air hujan terpercik masuk ke dalam tangki minyak.

Pelanggan mengamuk kereta tiba-tiba rosak selepas isi minyak, rupanya minyak bercampur air

“Siasatan awal mendapati terdapat kebocoran di kawasan tangki minyak Pertalite.

Dengan keadaan hujan yang amat lebat beberapa hari kebelakangan ini, mungkin air terpercik masuk ke dalam tangki di stesen minyak tersebut,” ujarnya.

Stesen minyak yang terlibat di Jalan Sangnawaluh Pematangsiantar itu ditutup sementara waktu, manakala Pertamina menyatakan bahawa mereka akan membiayai kos pembaikan kenderaan yang terjejas.

BACA: Mufti Perlis cabar Menteri Agama berdialog secara terbuka disaksikan rakyat