Pelanggan kecewa peniaga durian beri ‘harapan palsu’ “pasang banner harga RM30, yang ada cuma RM80”

Oleh AHMAD SULAIMAN

Peniaga durian diingatkan supaya tidak memberi ‘harapan palsu’ dengan menawarkan harga rendah bagi memakan durian secara bufet.

Menurut Kosmo, menerusi satu perkongsian di Facebook, beberapa penggemar buah durian mendakwa ada peniaga yang sekadar

memancing pelanggan dengan tawaran harga murah tetapi promosi berkenaan sebenarnya tidak wujud.

“Kedai durian ini mengelirukan orang ramai. Pasang ‘banner’ RM30 seorang, empat hari berturut-turut aku pergi tanya yang makan untuk RM30 tiada, yang ada cuma RM60 ke RM80.

“Kasihan tengok keluarga bawa anak isteri ramai-ramai semata-mata untuk bufet RM30, tetapi tiada. Mengelirukan orang,” kata seorang pengguna Facebook, Palam Pg.

Pelanggan kecewa peniaga durian beri ‘harapan palsu’ “pasang banner harga RM30, yang ada cuma RM80”

Tinjauan di ruang komen mendapati, beberapa pengguna berkongsi turut mengalami pengalaman sama di beberapa buah kedai durian sebelum ini.

“Bermakna RM30 sekepala tak wujud pun. Sekadar untuk tarikan orang ramai,” kata Anizah.

“Banyak saja yang meniaga begini. Tulis RM5 sekilogram, bila berhenti tanya cakap dah habis. Habis tu kenapa letak tanda harga lagi?” soal King.

“Banner lama tu, guna sebab nak tutup sikit khemah jangan bagi tempias kena hujan, orang yang salah faham,” sindir Fahrul.

BACA: “Anak lelakiku bergaduh dengan ayahnya, tapi bila anak lelakiku dedah rahsia ayahnya, aku terkejut bagai batu menghempap kepala”