Siapa yang tak kenal Zus Coffee, kan? Ia adalah salah satu jenama minuman kopi yang popular di Malaysia.
Sekarang, mereka juga turut melabur dalam teknologi digital untuk kekal relevan dengan trend semasa.
Kabar baiknya, Zus Coffee akan bekerjasama dengan Aye untuk memperkenalkan kaedah pembayaran baru di semua cawangan mereka.
Mengikut laporan dari Amanz, Aye menawarkan perkhidmatan pembayaran menggunakan
Pengenalpastian Wajah yang akan disambungkan terus ke akaun kad kredit, debit, atau e-wallet pembeli.
Yang menariknya, pelanggan di kedai-kedai Zus Coffee boleh membayar di kaunter hanya dengan mengimbas wajah mereka.
Pelanggan di kedai kopi jenama ini boleh buat pembayaran dengan hanya ‘face recognition’? Biar betul?
Untuk para peminat Zus Coffee, kaedah pembayaran ini akan diperkenalkan pada pertengahan tahun ini.
Jadi, jika berminat, bolehlah mendaftar sebelum penggunaannya dilaksanakan.
Apa pendapat anda? Sila kongsikan dengan kami.
Baca :Patutlah ramai di Malaysia! Pemuda dari Indonesia dedah cara masuk hanya modal RM1 je