Pelakon veteran hembus nafas terakhir di PPUM

Oleh INFORAKYAT

Pelakon veteran, Lan Zailan telah disahkan meninggal dunia pada kira-kira jam 4.21 pagi Khamis di Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM).

Perkara menyedihkan itu dimaklumkan oleh isterinya, Ruby Sara Omar, yang memberitahu bahawa Allahyarham telah menghembuskan nafas terakhir akibat penyakit kanser.

“Ya, arwah meninggal dunia pada pukul 4.21 pagi. Semua ahli keluarga berada di sisi ketika arwah pergi,” katanya.

Jenazah Allahyarham akan dibawa ke Masjid As Salam, Puchong Perdana untuk urusan pengurusan jenazah sebelum dikebumikan di Tanah Perkuburan USJ 22, Subang Jaya, Selangor.

Allahyarham meninggal dunia pada usia 66 tahun.

Pelakon veteran hembus nafas terakhir di PPUM

Lan, atau nama sebenarnya Zailan Kamaruddin, telah dimasukkan ke pusat perubatan tersebut sejak Ahad selepas keadaan kesihatannya semakin merosot.

Sebelum ini, beliau disahkan menghidap kanser pankreas tahap empat dan telah menjalani rawatan sejak 27 November sebelum dibenarkan pulang ke rumah pada hari Sabtu.

Allahyarham merupakan seorang pelakon yang aktif dalam industri seni sejak tahun 1980-an dan telah membintangi pelbagai filem serta drama sepanjang kariernya.

BACA: Gara-gara liat bayar sewa, Majlis Bandaraya Seremban cabut pintu rumah