Pelakon filem Dangal didakwa mati secara tiba-tiba, tak sangka ini puncanya..

Oleh JUNITA ABD RAHIM

Pelakon remaja dalam filem Dangal iaitu Suhani Bhatnagar telah meninggal dunia pada umur 19 tahun

Dan kini butiran punca kematiannya pada Sabtu lalu telah dikongsi oleh ibu dan bapa pelakon itu.

Dalam laporan tersebut, pelakon remaja tersebut disahkan menghidap gangguan autoimun yang jarang berlaku.

Menurut laporan IndiaToday, ibu bapa Suhani memaklumkan setelah hasil siasat yang terperinci anak mereka didiagnosis menghidap penyakit dermatomyositis.

Penyakit yang jarang berlaku itu dikenal pasti kira-kira dua bulan lalu apabila Suhani mengalami pembengkakan di tangan sebelum merebak ke bahagian lain tubuhnya.

Pelakon filem Dangal didakwa mati secara tiba-tiba, tak sangka ini puncanya..

Tambahnya lagi, Suhani turut mengalami jangkitan ringan di hospital yang menyebabkan pembentukan cecair dalam badannya, termasuk di bahagian paru-paru.

“Walaupun selepas meletakkan Suhani pada ventilator, tahap oksigennya sangat rendah, dan kemudian petang semalam pada pukul 7 malam, doktor di All India Institute Of Medical Science (AIIMS) berkata dia sudah tiada,” katanya.

Ibu Suhani turut memaklumkan aktres tersebut berniat memulakan kembali kerjayanya dalam bidang lakonan selepas tamat pengajian.

“Dia menunjukkan prestasi yang sangat baik di kolej, malah dia mendapat anugerah pada semester lepas. Dia cemerlang dalam segala-galanya dan mahu cemerlang dalam apa sahaja yang dia mahu lakukan.

“Anak perempuan kami telah membuat kami berasa sangat bangga,” ujarnya.

Suhani terkenal kerana memainkan watak kanak-kanak Babita Kumari Phogat dalam filem Dangal.

Baca juga: Pelanggan mengamuk kereta tiba-tiba rosak selepas isi minyak, rupanya minyak bercampur air