Pelajar sekolah rendah sedih tiada siapa nak makan ‘potluck’ raya undang sebak netizen.
Semua dikehendaki untuk membawa makanan masing-masing bagi menjamu selera bersama.
Kebiasaannya, cikgu dah bahagikan tugas dan jenis masakan yang perlu dibawa oleh murid-murid.
Namun, baru-baru ini tular sebuah video di TikTok yang memaparkan seorang budak perempuan meluahkan rasa sedih kerana tiada yang makan kuihnya telah mencuri tumpuan.
Bawa kuih raya ke sekolah, masa nak balik masih penuh
Menerusi video berkenaan, kelihatan seorang budak perempuan sedang menuju ke arah maknya selepas pulang dari sekolah.
@jfmf91_ #viraltiktok #fypシ ♬ suara asli – 💜💞🌼NATHALIA🌼💞SUMOLANG💜💞 – 🌼🕊️ 𝓝𝓪𝓽𝓱𝓪𝓵𝓲𝓪 🕊️🌼
Apa yang lebih menarik perhatian adalah apabila dia meluahkan rasa sedihnya kepada ibu kerana tiada yang makan kuih dibawa. Dia juga dilihat terpaksa membawa pulang plastik berisi kuih yang berat itu.
@jfmf91_ Membalas kepada @yanmad8351 tanpe laguuuuuu#tenang #fypシ #berandatiktok #viraltiktok ♬ bunyi asal – Jaja_Fazurin_Jamuliddin
“Kenapa cikgu dia tak packing ke anak-anak lain bawa balik sikit sorang. Kalau saya, bila ada jamuan apa-apa, memang saya akan packing setiap sorang ke anak-anak kelas saya bawak balik” – Netizen
Susulan tularnya video itu yang kini meraih sehingga 387K tontonan, 9K tanda suka dan 1K komen di TikTok, rata-rata netizen turut memberikan pelbagai reaksi masing-masing.
baca:
Kecoh influencer disekat masuk hotel sebab payment tak cukup! Rupanya wedding planner yang buat hal