Pelajar ini pakai jam mahal dan siap bawa payung Rolls-Royce naik LRT jadi tumpuan netizen, rupanya bukan calang-calang keluarganya

Oleh BURHANUDDIN ABD RAZAK

Tidak dinafikan, ramai yang akan menggunakan perkhidmatan awam untuk bergerak ke satu destinasi ke destinasi lain

Banyak jenis pengangkutan awam yang ada di setiap negara seperti LRT, MRT, kereta api dan sebagainya.

Baru-baru ini, tular sebuah video di TikTok yang memaparkan seorang pelajar perempuan memakai barangan mewah semasa menaiki LRT di China telah mencuri tumpuan.

Pelajar ini pakai jam mahal dan siap bawa payung Rolls-Royce naik LRT jadi tumpuan netizen, rupanya bukan calang-calang keluarganya

Netizen nampak jam dan payung mewah yang dibawa pelajar itu

Menerusi video berkenaan, kelihatan seorang pelajar perempuan berada di sebuah LRT yang dipercayai baru saja pulang daripada universiti.

@kohenhu04keep relaxing

♬ MASHUP ASTRONAUT X SOMEBODY THAT I USED TO KNOW – YT : Ikyy Pahlevii

Apa yang lebih menarik perhatian ramai adalah apabila pelajar itu kelihatan memakai jam mewah dan payung daripada kereta mewah jenama Rolls-Royce. Orang di sekeliling terpegun melihat barangan mewahnya.

Image from @kohenhu04 (TikTok)

“Payung tu kalau tertinggal terpaksa lah dia beli lagi 1 kereta Rolls-Royce” – Netizen

Image from @kohenhu04 (TikTok)

Susulan tularnya video itu yang meraih sehingga 14M tontonan, 952K tanda suka dan 14K komen di TikTok, rata-rata netizen turut memberikan pelbagai reaksi masing-masing.

BACA; Pegawai Perubatan mengaku tidak bersalah Peluk, Raba Anak Saudara Usia 14 Tahun