Pelajar cipta botol mesra alam sekitar, automatik reput lepas habis minum

Pelajar cipta botol mesra alam sekitar, automatik reput lepas habis minum

Pelajar cipta botol mesra alam sekitar, automatik reput lepas habis minum. Tahukah anda, lebih daripada 1.3 bilion tan sisa plastik akan mengalir ke lautan dan daratan dunia dalam tempoh dua dekad akan datang?

Walaupun masyarakat global sedang berusaha untuk membendung penggunaan plastik, namun kira-kira 710 juta tan metrik plastik akan dibuang menjelang tahun 2040.

Hal ini membimbangkan ramai pihak ekoran kesannya akan memudaratkan alam sekitar, malah tidak kurang juga beberapa negara pernah direkodkan sebagai penyumbang terbesar.

Pelbagai usaha telah dibuat seperti menukarkan penggunaan plastik kepada kertas namun tidak semua mampu untuk menyesuaikan diri kepada perubahan.

Antara banyak usaha yang dibuat, ada satu yang menangkap minat orang ramai ekoran usaha ini tidak memberikan kesan yang besar kepada alam sekitar.

Pelajar cipta botol mesra alam sekitar, automatik reput lepas habis minum

Sebuah video berdurasi 42 saat disiarkan World Economic Forum berjaya memukau orang ramai dan turut dipersetujui dengan inovasi baru yang diperkenalkan itu.

Tahukah anda, seorang pelajar dari Iceland mencipta sejenis botol mesra alam yang direka menggunakan jeli alga, ia tidak kekal lama dan akan mula ‘reput’ sebaik sahaja air dihabiskan oleh peminum.

Pelajar cipta botol mesra alam dari jeli alga

Jeli itu akan disejukkan dalam acuan berbentuk botol dan ia memerlukan cecair untuk mengekalkan bentuknya.

Uniknya rekaan itu, apabila botol tersebut dikosongkan ia akan menjadi rosak menunjukkan botol boleh dibuang dan juga boleh menghapuskan dengan cara memakannya.

Sukar untuk dipercayai namun jeli alga itu boleh dimakan kerana mempunyai protein pemakanan seperti vitamin B12 dan zat besi.

Percaya atau tidak, suatu hari nanti botol air itu boleh mula terbiodegradasi selepas selesai minum.

Idea terinspirasi dari jumlah sisa yang dihasilkan setiap hari

Cetusan idea itu merupakan milik pelajar Iceland Ari Jónsson, di mana dia telah mengkaji mengenai kekuatan dan kelemahan bahan untuk mencipta botol yang tidak menyumbang kepada sisa pembuangan.

Jónsson berkata dia mendapat inspirasi selepas membaca tentang jumlah sisa yang dihasilkan setiap hari.

“Saya membaca bahawa 50 peratus plastik digunakan sekali dan kemudian dibuang, saya merasakan perlu membuat perubahan untuk mencari cara menggantikan plastik,” katanya kepada Dezeen Magazine.

Menjelang tahun 2050, laporan forum ekonomi dunia diramalkan lebih banyak plastik daripada ikan di laut dan plastik perlu digantikan dengan bahan terbiodegradasi untuk menghentikan sisa pembuangan yang banyak.

Namun sekiranya bahan itu digantikan, adakah anda sendiri akan minum dari botol yang diperbuat daripada alga?

Untuk mengetahui dengan lebih lanjut mari ikuti video World Economi Forum di bawah.

BACA:

Naik 15 minit kena caj RM180K, ini yang berlaku pada penumpang uber ni

Terkini: PM buat perutusan khas jam 3 petang ini

Ifa Raziah tunjuk video tengah ‘workout’, netizen perasan sesuatu pula

 

CATEGORIES