Pelajar asrama tidak akan dibenarkan pulang Hari Raya Aidiladha?

Pelajar asrama tidak akan dibenarkan pulang Hari Raya Aidiladha?

Memulakan sesi persekolahan di pertengahan minggu (hari rabu) ketika ia boleh saja dimulakan pada isnin nampaknya belum memadai untuk dia.

Jika anak anak bersekolah asrama, mereka perlu dihantar pada hari selasa. ibu bapa yang bekerja, macam mana? memohon cuti di pertengahan minggu, atau menyambung cuti hujung minggu + isnin + selasa?

Cuti aidiladha juga nampaknya tidak akan dapat dinikmati oleh orang ramai, termasuk pihak guru dan pelajar macam selalu. cuti penggal persekolahan diubah. saya diberitahu begitu malam tadi. ia bukanlah masalah sebenar, tapi cuti tambahan bagi meraikan hari raya korban itu, rasanya itulah masalah.

Malam tadi saya dihubungi seorang pegawai kanan kementerian pendidikan. ada kemungkinan dia terbaca atau diberitahu mengenai posting saya semalam.

Saya diberitahu pelajar pelajar sekolah asrama tidak akan diberi kebenaran pulang ke rumah untuk menyambut aidiladha bersama sama keluarga macam selalu.

Cuma untuk sekolah pendidikan khas, kata pegawai kanan itu, diberi pengecualian. Budak budak boleh diambil untuk dibawa balik, untuk hal ini, saya ucapkan terima kasih banyak banyak.

Jangan lupa, semasa aidilfitri baru baru ni juga kita meraikannya dengan suasan yang terhad/terbatas. Ingatkan raya korban ada peluang makin baik. Rupa rupa-nya bukan setara macam 1 syawal, nampaknya lebih teruk!

Tapi pelajar pelajar lain – mintak maaflah. Nampaknya mak bapa terpaksa berhari raya tanpa anak anak bersama, ia berlaku ketika guru guru (termasuk nutp) meminta kementerian pendidikan mempertimbangkan semula jadual cuti aidiladha.

Norma baru dan covid-19 adalah sandaran kepada keputusan tersebut. Kelihatannya kuman koronavirus itu memberi kesan serius kepada otak ramai orang. Termasuk orang yang tidak menghidap covid-19.

Berkorban, konon.

Covid-19 memberi kesan yang banyak kepada manusia. dan penyesuaian terpaksa dibuat. bidang pendidikan tidak terkecuali.

Cuma nampaknya dalam hal ini, kita yang diminta membuat penyesuaian. penentu dasar dan pegawai pegawai yang selesa di bilik bilik berhawa dingin itu, tak perlu. apa yang dah ada, kekalkan.

Selepas pengawai itu memberitahu saya yang radzi jidin terlepas pandang hal hal pelajar pendidikan khas, biar saya tanya ini lagi sekali: apa masalah menteri ni, sebenarnya?

Apa yang sudah berlaku semasa dia lama di australia dulu? ada kerosakan di mana mana kah? jangan lupa muhyiddin melantik radzi ini sebagai menteri kanan. dan nasib kita sebahagiannya di tangan orang yang kalah dalam pru lalu itulah.

Sumber :

COMMENTS