Pelabuhan Beirut dikatakan adalah lubuk mencuri hasil-mahsul negara

Pelabuhan Beirut dikatakan adalah lubuk mencuri hasil-mahsul negara

Media Lubnan mengatakan orang tempatan mengelar Pelabuhan Beirut “Cave of Ali Baba and 40 Thieves” atau “Gua Ali Baba dan 40 Pencuri”.

Pelabuhan Beirut, lokasi letupan besar itu dikatakan adalah lubuk bagi “pencuri-pencuri” hasil-mahsul negara?

Kenapa?

Ia kerana Pelabuhan Beirut itu merupakan lokasi utama bagi mereka yang mencuri hasil negara.

Antaranya adalah dengan sengaja merendahkan nilai barangan import supaya nilai cukai yang perlu di bayar juga adalah rendah.

Usaha ini perlukan bantuan pelbagai agensi kerajaan Lubnan yang kemungkinan bersubahat dengan perbuatan itu.

Ini termasuk membenarkan barangan import memasuki Lubnan tanpa perlu membayar cukai import.

Pelabuhan Beirut adalah pelabuhan utama di Lubnan dan sebagai pintu masuk utama negara itu, pelbagai barangan import dan eksport perlu melaluinya.

Lubnan sudah semestinya kehilangan berbilion dollar hasil tindakan pihak melarikan diri daripada membayar cukai atau under-declare cukai yang sepatutnya mereka bayar.

Terbaru, kerajaan mengarahkan semua kakitangan Pelabuhan Beirut diletakkan dalam tahanan rumah bagi mencari siapa yang bertanggungjawab atau kejadian letupan itu.

Sebab itu sejurus selepas kejadian letupan itu, kemarahan rakyat Lubnan meluap-lupa terhadap elit politik negara itu diatas segala mismanagement, kelalaian serta perebutan kuasa sehingga memporak-perandakan pengurusan negara.

Tidak lupa juga kemarahan rakyat Lubnan terhadap rasuah yang berleluasa di negara itu.

Kita ambil iktibar..

— DEFENCE SECURITY ASIA

Sumber :

COMMENTS