Pekerja terjatuh dari ketinggian 30 meter

Oleh INFORAKYAT

Pekerja terjatuh dari ketinggian 30 meter. Dua pekerja binaan di Urmia, wilayah Azerbaijan Barat di Iran maut selepas terjatuh dari sebuah platform bangunan tinggi yang bergoyang akibat ribut pasir, lapor akhbar The Sun UK kelmarin.

Mereka dipercayai sedang melakukan kerja-kerja pembinaan dari platform yang tergantung pada ketinggian kira-kira 30 meter di sisi bangunan itu.

Rakaman video oleh saksi kejadian memaparkan detik ngeri mangsa terjatuh ke bawah selepas tergelincir disebabkan platform bergoyang dan tidak stabil semasa ribut melanda.

Ketika kedua-dua lelaki itu berpaut pada struktur rapuh itu, tali pemegang platform menjadi tidak stabil, menyebabkan platform itu berulang kali melanggar dinding bangunan.

Akhirnya, mangsa pertama tergelincir dan terjatuh dari platform tersebut, diikuti pekerja kedua beberapa saat kemudian.

Pekerja terjatuh dari ketinggian 30 meter

Pegawai tempatan berkata, seorang pe­kerja sudah mati ketika ditemui di atas tanah.

Mereka membawa mangsa kedua ke hospital tetapi dia di­sahkan meninggal dunia semasa menerima rawatan.

Jurucakap Pusat Pengurusan Perubatan Kecemasan Azerbaijan Barat, Baqer Bahrami mengesahkan kemalangan tersebut.

“Dua pekerja binaan yang be­kerja di sebuah bangunan tinggi hilang nyawa selepas terjatuh ketika ribut pasir melanda.

“Kedua-dua mereka meninggal dunia dengan seorang di tempat kejadian, manakala mangsa ke­dua di hospital,” kata Baqer.

BACA:

Hawa pakai seluar adik dia ke? Netizen kecam pemakaian pembaca berita muslimah

Ahli Kimia dedah rahsia cara cuci buah, sayuran dari racun yang betul

Orang ramai mula terasa kenaikan harga roti canai