Khidmat seorang pekerja ditamatkan selepas dia memberikan alasan bahawa tikus
Menjadi punca pembentukan lubang di sebuah lebuh raya di daerah Dausa.
Dalam surat kepada Pihak Berkuasa Lebuh Raya Kebangsaan India (NHAI), KCC Buildcon menjelaskan
Bahawa komen pekerja tersebut adalah tidak berasas dan tidak berdasarkan pengetahuan teknikal.
Syarikat itu mengesahkan pemberhentian pekerja tersebut dengan menyatakan:
“Individu itu bukan pengurus penyelenggaraan dan kenyataannya tidak tepat secara teknikal.”
Sebelum ini, pekerja itu yang bercakap kepada media berkata: “Berkemungkinan tikus atau haiwan kecil menggali lubang, menyebabkan air meresap.”
Pengarah Projek Lebuh Raya di Dausa, Balvee Yadav, menjelaskan bahawa runtuhan itu adalah berpunca daripada kebocoran air.
Beliau memaklumkan bahawa pihak kontraktor segera memasang penghadang dan membaiki bahagian yang rosak.
BACA: Keliru fungsi CCRIS dengan CTOS? Rupanya ramai yang ingat ada kuasa ‘blacklist’