Pekerja pembersihan jumpa wang tunai RM60k dalam rumah tinggal, akhirnya jiran buka kisah pasal arwah

Oleh MUHAMMAD KHAIRY JALALUDDIN

Di sebalik sebuah rumah lama yang terbiar, tersembunyi 1,001 rahsia yang tidak diduga.

Inilah pengalaman yang dilalui sekumpulan pekerja pembersihan ketika melakukan tugas mereka di sebuah kediaman

Menerusi video yang dimuat naik di TikTok, mereka menemui sejumlah wang tunai yang banyak semasa proses pembersihan.

Wang kertas ditemui di pelbagai tempat termasuk dalam plastik ubat.

Pengasas servis pembersihan, Mohamad Faqrul Abdullah, mendedahkan bahawa wang tunai tersebut ditemui

Pekerja pembersihan jumpa wang tunai RM60k dalam rumah tinggal, akhirnya jiran buka kisah pasal arwah

Semasa mereka membersihkan rumah milik ibu arwah seorang pelanggan di sebuah pangsapuri di Seri Kembangan, Selangor pada Isnin lalu.

Faqrul berkata, dia tidak menjangka akan menemui jumlah wang tunai yang begitu banyak berbanding kebiasaannya.

“Sewaktu kami membersihkan rumah arwah ibunya, kami menjumpai banyak wang di merata tempat. Ada yang disimpan dalam beg, baju, dan juga plastik ubat. Ini bukan kali pertama kami menemui banyak wang semasa pembersihan, tetapi ini adalah jumlah yang paling banyak setakat ini,” katanya seperti yang dilaporkan oleh mStar.

Tentang pemilik kediaman tersebut, Faqrul menjelaskan bahawa arwah merupakan seorang ibu tunggal yang meninggal dunia akibat kemalangan jalan raya kira-kira setahun lalu pada usia 50-an, dan suaminya sudah meninggal dunia sebelum itu.

“Rumah tersebut tidak berpenghuni kerana anak arwah tinggal di tempat lain. Anak arwah kini mahu membersihkan rumah itu untuk tujuan pembahagian harta pusaka. Arwah dikenali sebagai seorang yang suka memberi dan sentiasa ingat jiran-jirannya, sama ada di kiri kanan, atas, atau bawah.”

“Proses pembersihan bukan sekadar tentang masa dan tenaga, tetapi juga nilai sentimental. Tidak mudah untuk membuang barang-barang milik arwah ibu yang penuh dengan kenangan,” katanya sambil menambah bahawa pembersihan dilakukan oleh enam orang petugas.

Wang kertas yang dijumpai dikumpul sebelum diserahkan kepada anak arwah.

Faqrul berkata, dia dan pasukannya menemui wang kertas berjumlah kira-kira RM38,000, tidak termasuk duit not lama dan mata wang asing.

“Selain wang ringgit, terdapat juga mata wang dolar Singapura, rupiah (Indonesia), riyal (Arab Saudi), dan Dong (Vietnam). Jika dicampur dengan duit ringgit, jumlah keseluruhannya sekurang-kurangnya RM40,000.”

“Kami juga menemui barang kemas milik arwah yang dianggarkan kira-kira RM20,000,” katanya sambil menekankan bahawa video tersebut dikongsi untuk menunjukkan tanggungjawab mereka dalam memulangkan wang yang dijumpai kepada pelanggan.

Faqrul juga menambah bahawa arwah dikenali dalam kalangan jiran-jiran sebagai seorang yang baik hati, pemurah, dan sering berkongsi rezeki.

“Arwah sentiasa ingat jiran-jirannya dan sering membeli barang untuk mereka. Dia juga pernah membeli barang dari TV (platform beli-belah dari rumah) dan menghadiahkannya kepada jiran-jiran.”

Faqrul menyatakan bahawa selepas dua hari bekerja di rumah arwah, dia menyedari bahawa wang bukan segalanya bagi sesetengah individu. Apa yang penting adalah kehidupan yang tenang dikelilingi oleh jiran, rakan, dan keluarga.

“Seperti arwah, dia seorang yang pemurah dan disenangi oleh jiran-jiran. Bagi orang tua, wang bukanlah segala-galanya. Mereka lebih menghargai kehidupan yang tenang, makan minum yang cukup, dan kasih sayang dari orang sekeliling,” katanya.

BACA: ‘Suami datang ke bahagian kecemasan semata-mata nak cakap aku ni menyusahkan dan membebankan kerana benda kecil ini’