Seorang pekerja restoran McDonald’s telah ditangkap kerana dikatakan mengeringkan mop yang kotor menggunakan pemanas kentang goreng.
Gambar menunjukkan pekerja itu memegang kepala mop yang tampak kotor di bawah lampu pemanas,
hanya beberapa sentimeter dari kentang goreng segar yang akan dihidangkan kepada pelanggan.
Kejadian itu berlaku di sebuah cawangan McDonald’s berhampiran Brisbane dan menjadi viral
selepas gambar tersebut dimuat naik ke laman Facebook.
Walaupun beberapa orang mempersoalkan tindakan pekerja wanita tersebut kerana dianggap melanggar prosedur kesihatan dan keselamatan, ada juga yang melihatnya sebagai kelakar.
Dalam satu kenyataan, McDonald’s mengesahkan bahawa tindakan telah diambil terhadap pekerja berkenaan.