Pejabat PM sahkan RM35.43 juta untuk bina 3 dewan di Parlimen Pagoh

Pejabat PM sahkan RM35.43 juta untuk bina 3 dewan di Parlimen Pagoh

Merujuk kepada berita yang tular di media sosial mengenai pembinaan dewan di kawasan Parlimen Pagoh bernilai RM35.43 juta, Pejabat Perdana Menteri ingin menjelaskan bahawa peruntukan pembangunan tersebut ialah untuk pembinaan tiga buah dewan orang ramai iaitu Dewan Gersik , Tangkak bernilai RM13 juta , Dewan Masyarakat Bukit pasir , Muar bernilai RM16.66 juta dan Pusat Komuniti Bukit Kepong , Muar bernilai RM5.77 juta.

Peruntukan pembangunan ini bukan untuk pembinaan sebuah dewan sepertimana yang digembargempurkan oleh sesetengah pihak.

Pembinaan ketiga-tiga dewan ini adalah untuk memenuhi keperluan masyarakat setempat .

Peroleh bagi ketiga-tiga projek pembinaan dewan ini bukan secara rundingan terus tetapi mengikut tatacara perolehan secara tender yang diluluskan oleh Kementeriaan Kewangan.

Dakwaan seperti yang ditularkan adalah berniat jahat dan Pejabat Perdana Mneteri merasa kesal dengan perbuatan tidak bertanggungjawab ini. – FB

COMMENTS