Pejabat Anthony Loke edar sahur setiap hari kepada petugas Hospital Tuanku Ja’afar.

Pejabat Anthony Loke edar sahur setiap hari kepada petugas Hospital Tuanku Ja’afar.

Rakan-rakan yang beragama Islam akan memulakan ibadah berpuasa mulai esok.

Bulan Ramadan tahun ini sudah tentunya berbeza. Cabaran yang lebih tinggi perlu diharungi oleh front liners kita yang tetap bertugas melawan wabak Covid19 semasa berpuasa.

Sebagai tanda sokongan moral kepada petugas front liners di Hospital Tuanku Ja’afar, Seremban, pejabat saya akan menyumbang 160 pek makanan untuk sahur setiap hari bermula 6 hingga 23 Mei. 12 hari pertama telah ada penyumbangnya.

Untuk memberikan keyakinan kepada semua, saya hanya memilih caterer yang beragama Islam. Dan saya akan bahagikan tempahan ini kepada beberapa suri rumah dari Taman Ampangan supaya memberikan sedikit pendapatan kepada mereka sebelum Hari Raya.

Kos setiap pek ialah RM5. Kos untuk setiap hari ialah RM800 dan untuk 18 hari berjumlah RM14,400.

Saya cukup lega apabila seorang rakan FB yang bernama CH Kek telah bank in RM10 ribu ke pusat khidmat saya untuk tajaan ini. Bakinya akan ditanggung oleh pejabat saya.

Salam Ramadan dan selamat berpuasa kepada semua umat Islam!

#SelamatBerpuasa
#KitaJagaKita

COMMENTS