Peguam negara baharu dilantik, ini latarbelakang Mohd Dusuki Mokhtar

Oleh AHMAD SULAIMAN

Ketua Bahagian Perbicaraan dan Rayuan di Jabatan Peguam Negara, Mohd Dusuki Mokhtar,

Beliau dilantik sebagai Peguam Negara baharu berkuat kuasa esok.

Ketua Setiausaha Negara, Shamsul Azri Abu Bakar, menyatakan bahawa pelantikan ini telah diperkenan oleh

Yang di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim, mengikut Fasal (1) Perkara 145 Perlembagaan Persekutuan.

“Pelantikan ini bagi menggantikan Ahmad Terrirudin Mohd Salleh yang kini dilantik sebagai Hakim Mahkamah Persekutuan,”

Peguam negara baharu dilantik, ini latarbelakang Mohd Dusuki Mokhtar

kata Shamsul Azri dalam kenyataan yang turut menghargai sumbangan Ahmad Terrirudin sepanjang perkhidmatannya sebagai Peguam Negara.

Dusuki, 57, berasal dari Machang, memiliki Ijazah Sarjana Muda Undang-Undang dari Universiti Islam Antarabangsa Malaysia dan Ijazah Sarjana Undang-Undang dari University of Wollongong, Australia.

“Beliau mempunyai pengalaman luas selama 31 tahun dalam bidang perundangan di Jabatan Peguam Negara,” tambahnya.

BACA: Ini sebab pengurangan hukuman Najib Razak ditolak Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur