Peguam kongsi kisah tanda curang muncul tanpa sengaja, rupanya ramai tak perasan

Oleh MOHD FAHMI MUSTAQIM

Sebagai seorang peguam syarie, pelbagai ragam dan kisah rumah tangga sering menjadi sebahagian daripada tugas mereka.

Dalam satu hantaran di media sosial, seorang peguam syarie berkongsi pengalaman berurusan

Dengan klien yang memfailkan kes kecurangan suami di mahkamah syariah.

Menurutnya, kebanyakan kes yang dikendalikannya mempunyai pola yang serupa—kecurangan suami terbongkar

secara tidak sengaja, tanpa usaha khusus daripada pihak isteri.

Peguam kongsi kisah tanda curang muncul tanpa sengaja, rupanya ramai tak perasan

“Biasanya klien saya tak periksa pun telefon suami. Tapi bukti itu seolah-olah hadir sendiri.

Contohnya, anak yang sedang memegang telefon suami tiba-tiba terlihat mesej WhatsApp yang mencurigakan,

atau ketika suami sedang memandu dengan telefon di dashboard, tiba-tiba muncul panggilan masuk dengan nama kontak yang pelik,” jelasnya.

Tambahnya lagi, hati isteri sering kali tergerak untuk menyiasat lebih lanjut selepas melihat petunjuk awal yang mencurigakan.

“Ada juga kes di mana suami sangat licik, padam semua mesej dan sejarah panggilan. Tapi hati isteri tetap tergerak untuk memeriksa DM (Direct Message) Instagram,

kononnya hanya untuk melihat emel. Namun, tanpa disangka, semua bukti kecurangan suami terpampang di situ,” kongsinya.

Peguam itu turut menegaskan bahawa kebanyakan kes berlaku dengan cara yang sama, di mana bukti kecurangan seolah-olah “diatur” untuk muncul pada masa yang tepat.

“Kalau buat salah, lambat laun Allah akan tunjuk. Bukti itu datang sendiri tanpa dicari-cari,” katanya.

Hantaran itu mencetuskan pelbagai reaksi daripada netizen. Ramai yang berkongsi pengalaman mereka sendiri, termasuk kisah kecurangan yang terbongkar dengan cara yang serupa.

“Seorang kawan saya baru bersalin dan tengok telefon suaminya hanya untuk melihat gambar anak mereka. Tiba-tiba mesej masuk dari perempuan lain, berbincang nak pergi tengok wayang. Hancur hati kawan saya,” tulis seorang pengguna.

Ada juga yang berkongsi kisah keluarga mereka:

“Saya tak pernah usik telefon suami, tapi satu malam masa nak cas telefon dia, skrin tak dikunci. Terus keluar mesej skandal dia. Allah memang nak tunjuk.”

Perbincangan tersebut membuktikan bahawa isu kecurangan masih menjadi luka yang sering menyakitkan hati banyak pihak, dengan kebanyakan pengkhianatan terbongkar tanpa dirancang atau disangka-sangka.

BACA: Lepas ugut saman netizen, Chagee akur dengan tekanan, tampil memohon maaf