Peguam ini dedah taktik ‘delay’ kes bila peguam mohon tarik diri

Peguam ini dedah taktik ‘delay’ kes bila peguam mohon tarik diri

Peguam ini dedah taktik ‘delay’ kes bila peguam mohon tarik diri. Mana-mana kes, jika Peguam nak tarik diri dari wakili anakguam, Peguam tu kena buat permohonan di Mahkamah. Kena pohon. Bila dah nama pun permohonan, maka permohonan tu boleh ditolak atau diterima oleh Mahkamah.

Alasan permohonan tu macam-macam. Lazimnya sebab Peguam tak lagi dapat arahan anakguam, anakguam ‘hilang’ atau saja2 buat ‘hilang’, anakguam tak bayar yuran guaman, anakguam tak lagi percaya dengan Peguam dan lain2.

Jadi Hakim bila dengar permohonan tu, Hakim akan pertimbangkan. Kalau dah sampai tahap anakguam ‘hilang’, takkan lah Hakim nak biarkan Peguam tu teruskan kes. Naya la.

Tapi kalau anakguam tu jenis tak ’hilang’ dan available ja memanjang, isu duit bukan masalah, Peguam pula hebat, asyik nak bertukar Peguam pula, kes pula dah lama, apatah lagi tektik nak delay kes pun dah bermacam2 dibuat, ingat Hakim nak layan/biar? Ingat Hakim tu bodo dan baru jadi Hakim sebulan dua?

Tektik delay oleh mana2 pihak dalam sesuatu kes ni bukanlah perkara asing. Dalam kes HOW HOCK SING v. LEE SAY PENG & ORS [2015] 9 CLJ, Hakim Mahkamah Tinggi kata:

Peguam ini dedah taktik ‘delay’ kes bila peguam mohon tarik diri

“Although well within his right to his own choice of counsel, the timing the plaintiff effected the change was not prudent. It would give rise to the suspicion, as it did to the defendants, that the plaintiff was merely using the change as a delaying tactic, in part as an excuse for the anticipated delay”

Yang boleh ingat/simpan lagi kes atas ni sebab baru ja guna kes ni dalam 2-3 minggu lepas. Perkara sama berlaku dalam kes kami, pihak lawan asyik bertukar Peguam sampai 4 kali! Hinggakan kes pun asyik bertangguh. Tak ka naya? Jadi pihak kami suarakan hal ni kepada Mahkamah.

Peguam yang ke-4 ni pun kata dia faham dengan concern kami, sebab dia pun taktau yang dia ni adalah lawyer yang ke-4 dah 😆. Kalau jadi pada kes dia pun, dia kata dia bantah 🤣Biasalah, anakguam ni pun kadang2 akai panjang,

masa dia nak lantik lawyer baru, bukannya dia nak cerita habis pun.

Dalam kes Najib sekarang ni pula, Hakim yang bersidang bukan sorang. Tapi 5 orang! Jadi bila Mahkamah Persekutuan tolak permohonan Peguam Najib untuk tarik diri/tangguh kes, ia adalah keputusan semua 5 orang Hakim tu.

Bukan sorang Hakim saja. Kena ingat, setiap 5 orang Hakim tu ada kuasa untuk buat keputusan sendiri. Boleh jadi ada yang setuju, ada yang tidak setuju. Sebab tu ada kes yang berkeputusan sebulat suara, ada yang majoriti 4-1 ka 3-2 ka. 4-0 ja takdak, tu keputusan Menyu. Jangan buat hal sini 😡

Jadi bila semua 5 orang Hakim tolak permohonan Peguam Najib tu, maknanya setiap dari mereka berpendirian permohonan Najib tu tak bermerit. Tak berasas.

Saya biasa buat Bicara kes dengan salah sorang Hakim yang ber-5 tu. Taknak lah sebut nama. Hakim ni memang garang dan strict. Kedah kata cengey nak mampoih. Jangan la buat hal. 13 tahun dulu masa saya kali pertama ada kes depan Hakim ni, masa dia tengah bagi arahan, saya sebut ‘okay Yang Arif’. Terus dia jeling dan sound “What okay okay? How long do you practice?? Dont okay okay in front of me”. Saya pun jawab “Okay Yang Arif.” Nohhh sekali lagi dia jegil panjang. Bodo sungguh aku ni duk pi okay buat apaaa. Cuak punya pasai 😆 😆

Nak ceritanya, punya la strict dan pantang sungguh bab etika/disiplin ni. Jawab okay pun tak boleh. Inikan pula nak buat akai tukaq Peguam dan nak tangguh kes. Ini Mahkamah Persekutuan kot. Mahkamah yang paling tinggi dalam segala hieraki Mahkamah. Bukan Mahkamah Penghulu!

Pernah la juga dalam 10 tahun dulu, saya last minit ambil kes satu orang ni, ganti Peguam lama. Esok lusa dah nak bicara. Dah baca dah kes. Boleh ja nak teruskan. Cuma bila hari bicara, saya maklum pada Hakim saya perlukan masa untuk study lanjut kes (sama la macam alasan kes Najib ni) dan minta tangguh tarikh singkat saja. Hakim tak benarkan.

Dia kata, once u ambil kes, u kena ambil tanggunjawab dan teruskan kes. Saya pun ok ja. Teruskan je la. Bila saat cross examine saksi lawan, tiba2 saksi tu takleh jawab dan kata dia perlu masuk dokumen tambahan. Pendek cerita, pihak lawan yang pohon tangguh kes. Jadi kes pun akhirnya tangguh. Itu la tadi aku nak tangguh tak bagi 😆

Kesimpulannya, jangan la duk ingat apa yang berlaku dalam kes Najib ni benda asing dan pelik. Keputusan Mahkamah Persekutuan tu pun tak pelik. Tarikh Bicara kes Najib ni lama dah ditetapkan. Bukan baru semalam dapat whatsapp tarikh. Yang lebih pelik ialah kalau kes tak jalan dan tangguh. Tu pelik.

Jadi, jangan duk buat terbeliak cempera serupa tertelan putik deghian.

Sekian.

BACA:

‘Marketing’ kecaman Aliff Syukri berjaya, kini lagu Baby Sayang trending nombor 1!

Tular gambar nikah di Tiktok, Baby Shima rupanya janda?

Ikea tiba-tiba ‘lockdown’, panik semua pengunjung dalam tu

CATEGORIES