Peguam ini dedah kes suami orang bertaruh pikat isteri orang dengan ofismate undang reaksi netizen.
Meskipun kebanyakan pasangan mengklasifikasikannya sebagai kesilapan,
namun hakikatnya ia berpunca daripada sikap masing-masing yang lebih mengutamakan nafsu.
Malah ada yang menganggapnya sebagai skandal tempat kerja kerana ‘niat’ bukanlah untuk membina mahligai bersama sebaliknya sekadar teman mesra.
Paling membimbangkan apabila kejadian ini sering terjadi di tempat kerja berikutan lebih banyak masa diluangkan dengan rakan sekerja, bak kata pepatah Inggeris it takes two to tango.
Menerusi pendedahan pengguna TikTok dengan nama @lawyershazril, kecurangan sehingga mengakibatkan penceraian yang berlaku pada masa ini lebih banyak melibatkan wanita berstatus isteri orang berbanding gadis mahupun janda.
Menyifatkannya perbuatan pikat isteri orang sebagai trend, dia mengakui kes seumpama itu semakin berleluasa pada masa ini malah dikatakan kaum adam sama ada lelaki bujang atau sudah berkahwin lebih gemar memilih wanita berstatus isteri untuk ‘dipancing’.
Dek kerana itu, beliau menggariskan beberapa faktor yang menjadikan isteri orang lebih ‘laris’ berbanding anak dara.
“Anak dara mudah dapat, isteri orang susah dapat… yang susah dapat lebih bagus daripada yang mudah diperoleh. Tidak kurang juga yang menjadikan wanita berstatus isteri sebagai barang taruhan,” coretnya.
Tambahan pula, jika bercinta dengan isteri orang, pastinya tidak banyak modal yang perlu dikeluarkan.
Iyalah, selain mempunyai sumber kewangan sendiri, isteri orang juga tidak banyak karenah seperti anak dara yang sentiasa inginkan perhatian, dipujuk dan diberikan hadiah.
“Selain berpengalaman, ekonomi isteri orang ni kukuh dan mereka yang ‘bercinta’ dengannya tidak perlu bertanggungjawab kerana masih mempunyai suami.
“Ada juga yang menjadikan isteri orang ini sebagai ‘bank’ kerana mereka boleh digunakan untuk membuat pinjaman perbankan mahupun along.
Selalunya kes yang saya dapat ada bukti video, gambar atau perbualan di WhatsApp.
“Sebagai isteri orang, penampilan pastinya terjaga dan sentiasa kelihatan menawan di samping pandai memujuk serta melayan,” katanya sambil menambah kes begini berlaku di sektor awam dan swasta.
Ketika dihubungi mStar, peguam Syarie Shazril Khairy Mustafa berkata, kes melibatkan skandal tempat kerja sudah berlarutan sejak sekian lama.
“Sejak saya praktis sehingga sekarang, kes seperti ini tidak pernah putus… bayangkan sudah 23 tahun berlalu,” ujarnya.
Menjelaskan maksud anak dara senang dapat seperti yang dinyatakan dalam video viralnya itu, pemilik firma Tetuan Shazril Khairy Mustafa & Associates berkata, anak dara pada masa ini ramai.
Shazril (kiri) bersama barisan peguam Syarie selepas satu kes perbiacaraan.
“Masing-masing cari jodoh dan mudah untuk dapat… tapi isteri orang susah untuk dapat. Jadi kalau dapat, itu luar biasa dan perkara ini benar-benar terjadi,” kongsinya yang mempunyai 18 firma guaman di seluruh Malaysia dengan 100 peguam terlibat.
Kebanyakan individu yang memfailkan kes penceraian juga mempunyai bukti kecurangan pasangan masing-masing seolah-olah ia sengaja didedahkan bagi membolehkan langkah seterusnya diambil.
Kebiasaannya rahsia yang kononnya disimpan itu terdedah melalui aplikasi WhatsApp di telefon.
“Selalunya kes yang saya dapat ada bukti video, gambar atau perbualan di WhatsApp.
“Daripada 18 firma yang saya ada, satu daripadanya merekodkan 91 kes penceraian bagi tempoh empat bulan pertama tahun ini,” jelasnya.
Warga maya meninggalkan pelbagai pandangan di ruangan komen.
Warga maya meninggalkan pelbagai pandangan di ruangan komen.
Video pendedahan Shazril di TikTok hingga kini meraih lebih 640,000 tontonan di TikTok selain tular di pelbagai platform lain.
Rata-rata warga maya meninggalkan pelbagai reaksi selain turut berbahas tentang isu ‘trend pikat isteri orang’ yang dinyatakannya.
“Dulu saya tak percaya skandal pejabat sehinggalah saya nampak depan mata sendiri… kesian suami dia.
“Memang begitu, tapi mak cakap… kalau you tak buka pintu, macam mana I boleh masuk.
“Katanya isteri orang market (pasaran) lebih tinggi daripada anak dara.
“Saling membalas story atau status, siap dear and my dear. Perhatikan atau diam tak bermakna tunduk tanda sayang tu masih ada,” ujar sebilangan warga maya.
BACA:
‘Depan anak 3 tahun, suami buat onar’, sekali lain pula yang jadi bila jiran dedah kisah sebenar
Suami upah anak saudara bunuh isteri pertama, rupanya ini motif sebenar kejadian